Burger Terbang Di Angkasa Dan Masuk Dalam Mulut

Sembang

Pada 28 Mac 2019 hari tu, seorang YouTuber yang dikenali sebagai Killem, ada post satu video pasal burger yang terbang di udara dan masuk ke angkasa lepas, kemudian jatuh ke tanah.

Image Via : YouTube/Killem

Masa permulaan video ni, Killem cuba beberapa kali sebelum burger yang dibeli berjaya diterbangkan di udara bersama GoPro untuk merakam keadaan burger tersebut terbang.

Image Via : YouTube/Killem

Selain daripada GoPro, Killem siap letak GPS dalam kotak polystyrene bersama dengan powerbank untuk tahu kat mana lokasi burger tu selepas berjaya terbang di udara.

Image Via : YouTube/Killem

Disebabkan cuaca dan keadaan yang tak menentu masa burger tersebut terbang, Killem hilang lokasi GPS kat mana lokasi semasa burger tu.

Image Via : YouTube/Killem

Selepas sehari tunggu, akhirnya Killem dapat call daripada wakil team bola sepak Colchester United dan diberitahu yang burger terbang tersebut dah landing kat padang latihan Colchester United. Killem terbangkan burger tu dari Sheffield dan tempoh perjalanan dari Sheffield ke pusat latihan Colchester United ambil masa selama 3 jam kalau naik kereta.

Image Via : YouTube/Killem

Bila dah sampai kat pusat latihan Colchester United, dapat jumpa balik burger yang diterbangkan tu depan mata, Killem cuba makan burger tersebut untuk rasa apa beza burger tu selepas berjaya masuk ke angkasa lepas.

Image Via : YouTube/Killem

Korang boleh tengok reaksi Killem makan burger terbang ni dan macam mana keadaan burger tu kat angkasa lepas yang berjaya dirakam oleh GoPro kat video bawah ni.

KATALAKI: Korang rasa video ni real ke tak? Kenapa burger tu tak landing kat negara lain walaupun dah naik ke angkasa lepas? Steady betul burger tu tak berkecai walaupun jatuh dari tempat yang tinggi. 

Last modified: 2 April 2019