Burung-Burung “RARE” Yang Korang Tak Tahu Wujud!

Sembang, ZeKool

Korang pernah dengar tentang burung Cenderawasih? Burung yang juga dikenali sebagai Bird of Paradise ini sangat cantik dan ia selalu dikaitkan dengan perkara-perkara yang mistik. Salah satunya, burung ini dikatakan merupakan burung yang datang dari kayangan dan hanya boleh dijumpai dikawasan-kawasan tertentu sahaja.

Satu lagi burung ini juga dikatakan hanya akan terbang tinggi di angkasa dan andaikata ia terbang rendah ke bumi, ia bermaksud burung ini sudah sampai hayatnya dan akan mati apabila ia menjejakkan kakinya ke bumi. Bangkai burung ini juga dikatakan tidak mereput dan ini membuatkan ramai yang percaya dengan mitos ini. Jadi aku terfikir, berapa banyak lagi burung-burung yang rare dan jarang dijumpai oleh orang ramai? Korang jangan pening sebab hari ini aku akan share dengan korang beberapa burung yang rare dan sukar dijumpai oleh orang ramai!

GOLDEN PHEASANT

Golden Pheasant ataupun dikenali sebagai Chinese Pheasant merupakan spesis burung yang sangat terkenal di kawasan pergunungan di China. Burung ini mula diperkenalkan di United Kingdom lebih kurang 100 tahun yang dulu. Burung ini dikatakan sangat takut dengan manusia dan suka bersembunyi dikawasan akar-akar pokok dan hanya akan terbang ke atas pokok apabila waktu malam.

Golden Pheasant ini dikatakan banyak menghabiskan masanya di darat sahaja walaupun ia mempunyai keupayaan untuk terbang. Ia cuma akan terbang apabila ia ketakutan sahaja. Golden Pheasant ini sangat mudah kalau nak bezakan antara jantan dan betina. Untuk Golden Pheasant jantan, ia mempunyai warna bulu yang sangat terang manakala untuk yang betina, warnanya agak kusam dan kurang cantik berbanding yang jantan.

RAINBOW LORIKEET

Rainbow Lorikeet ini merupakan burung yang berasal dari Australia. Ia selalu ditemui dikawasan hutan di Queensland dan juga di Selatan Australia. Kalau korang nak tahu, Rainbow Lorikeet ini juga merupakan antara burung yang dikelaskan dalam jenis True Parrot.

Burung ini biasanya akan terbang bersama-sama dan juga sangat ganas dengan burung-burung lain. Andaikata ada burung-burung jenis lain yang membuat sarang dikawasan mereka, Rainbow Lorikeet ini kan bertindak menghalau burung-burung tersebut dan juga menjatuhkan sarang burung tersebut dari pokok.

QUETZAL

Burung Quetzal ini juga seperti burung Cenderawasih kerana ia juga dikaitkan dengan perkara-perkara mistik. Burung Quetzal ini dianggap sebagai satu haiwan suci bagi puak Aztec dan juga Mayan. Ia selalu dijumpai dikawasan sekitar Mexico dan juga Selatan Amerika Syarikat.

Burung Quetzal ataupun dipanggil sebagai The Rare Jewel Bird of the World ini mempunyai bulu yang berwarna hijau metalik dan nampak sangat cantik ketika ia mengembangkan sayapnya. Ia juga mempunyai bulu ekor yang sangat panjang dan apabila ia terbang, burung ini nampak seperti haiwan-haiwan dalam filem fantasi.

PINK PIGEON

Pink Pigeon ini dikatakan hanya boleh dijumpai disekitar Mauritius dan telah disahkan sebagai antara burung yang hampir pupus pada tahun 2006. Ia mempunyai bahagian kepala yang berwarna merah jambu dan juga dibahagian hujung paruhnya.

Walaupun ia nampak seperti burung merpati yang biasa, namun ia dapat dibezakan dengan warnanya yang berwarna merah jambu. Antara punca burung ini semakin pupus adalah disebabkan habitatnya telah dihapuskan bagi membina bangunan-bangunan tinggi. Pada tahun 2005, burung ini dikatakan cuma tinggal 250 ekor sahaja.

KAKAPO

Burung Kakapo ini pasti akan membuatkan korang keliru sama ada ia sama dengan burung hantu ataupun burung kakak tua kerana ia mempunyai ciri kedua-dua burung tersebut. Sebab itu ia juga dikenali sebagai Owl Parrot di New Zealand.

Ia mempunyai paruh yang sangat besar dan merupakan burung kakak tua yang paling berat antara spesis burung kakak tua yang lain. Satu lagi yang korang perlu tahu adalah burung Kakapo ini merupakan satu-satunya burung kakak tua yang tidak mampu untuk terbang seperti burung-burung lain!

KATALAKI: “Burung ape tu? oh burung puyuh..” hahahaha!

Last modified: 3 January 2020