BUTOH – Tarian Unik Masyarakat Jepun

Sembang

Bertenang! Aku tahu korang mesti pelik dengan nama tarian inikan? Tapi ini memang nama tarian yang agak terkenal di Jepun. Butoh atau maksud sebenarnya adalah Dance of Darkness dicipta selepas perang dunia kedua pada tahun 1950an.

Tarian ini merupakan satu tarian yang agak unik dan dalam masa yang sama agak menakutkan. Ramai orang Jepun sendiri yang merasa takut dan tidak selesa apabila melihat persembahan tarian Butoh ini. Kalau korang lihat sendiri video tarian ini, aku rasa korang pun akan rasa gerun dengan cara dorang menari.

Image Via: https://ums.org

Penari-penari ini akan bergerak dengan perlahan dan wajah mereka seakan-akan zombie. Kalau korang tengok sendiri, pergerakan tarian Butoh ini saling tak tumpah macam zombie ataupun seperti watak hantu Sadako dalam movie The Ring. Mungkin sebab itu yang buat ramai orang takut nak tengok.

Tarian Butoh ini mengambil inspirasi daripada apa yang terjadi semasa perang dunia kedua. Korang boleh nampak tension semasa dorang menari dan juga riak wajah dorang yang penuh dengan ketakutan. Riak wajah ini seakan-akan memberitahu bagaimana perasan orang Jepun semasa diserang ketika itu.

Kali pertama tarian ini mula dipersembahkan kepada orang ramai adalah pada tahun 1959 dalam satu show yang dipanggil Kinjiki ataupun Banned Colors oleh Tatsumi Hijikata. Pada awal persembahan semua penonton masih lagi boleh terima tarian ini namun pada satu part, Tatsumi mengambil keputusan untuk membunuh seekor ayam semasa diatas pentas.

Penonton yang hadir terus menjerit ketakutan dan berasa sangat marah dengan persembahan oleh Tatsumi. Disebabkan itu, Tatsumi telah dilarang untuk melakukan apa-apa persembahan lagi dimana-mana festival seni di Jepun ketika itu.

Walaupun tarian ini pada mulanya tidak diterima oleh ramai orang di Jepun, ia mula mendapat perhatian daripada negara-negara barat terutamanya dibahagian Eropah pada tahun 1970an. Pada tahun 80an, tarian Butoh ini mula diterima balik di Jepun.

Semenjak dari itu, ramai anak-anak muda yang mula mempelajari dan mengkaji semula tarian Butoh ini. Tarian ini mula dipersembahkan diseluruh dunia dan menjadi satu tarian contemporary yang terkenal daripada negara matahari terbit ini.

KATALAKI: Aku selalu juga menari Butoh ni tapi time aku bangun tidur ah sebab badan sakit hahaha!

Last modified: 14 October 2019