Captain Marvel Throwback Zaman Monitor PC Besar Rumah

Sembang

Memandangkan tarikh tayangan Captain Marvel, 8 Mac 2019 dah semakin dekat, makin banyak Marvel keluarkan bahan-bahan promosi untuk filem ni. Hari tu baru je keluarkan video teaser terbaru yang pertama kali ditayangkan kepada orang ramai masa Superbowl Halftime Show. Trailer terbaru tu kat bawah ni kot-kot kalau korang tak tengok lagi.

Baru-baru ni, Marvel buat kita throwback balik zaman komputer lama, zaman 90an. Korang ingat lagi ke macam mana rupa software komputer masa tu? Laptop pun tak wujud lagi. Nak transfer barang dalam komputer kena guna disket masa tu. Japgi kami share dengan korang link untuk ke website ni. Bawah ni boleh tengok gambar yang kami screenshot.
Amacam? Korang terasa diri korang muda balik tak bila tengok website terbaru Captain Marvel ni? Siap boleh main game kat website ni.
Punca kenapa Captain Marvel buat website macam ni ialah disebabkan dalam filem Captain Marvel nanti akan ditunjukkan zaman masa tu memang zaman komputer macam ni. Old school. Nick Fury dan Agent Coulson pun muda lagi dalam filem ni nanti. Korang boleh klik kat sini kalau nak baca pasal kemunculan semula Agent Coulson dalam filem Captain Marvel.
Untuk korang yang nak follow siap-siap pelakon utama Captain Marvel sebelum filem ni keluar kang kantoi dengan chinggey, boleh try usha akaun rasmi Instagram Brie Larson kat bawah ni okehh. Pastu boleh try tengok sendiri website terbaru Captain Marvel kat sini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Brie (@brielarson) on

KATALAKI: Banyak link nak kena klik atas tu. Pergi try klik jap.

Last modified: 14 February 2019