Captain Terbaek Fantasy Premier League GW 12

Aktif, Bola

Tiba lagi masa untuk korang update team Fantasy Premier League untuk Gameweek 12. Macam mana dengan point minggu lepas? On ke tak on? Ni point aku last week. Okay la not bad. Jangan tiru line-up aku lak!

Memandangkan minggu ni ada midweek game untuk team yang bersaing dalam UEFA Champions League dan Europa League, make sure korang study betul-betul sebelum buat sebarang transfer okeh.

Kalau malas nak study takpe, ni antara player yang korang boleh pertimbangkan untuk jadikan captain untuk Gameweek 12. Captain pun memainkan peranan penting untuk point korang setiap minggu! Nahh.

Eden Hazard, Chelsea

Sumber : Getty

Masa game Europa League minggu ni, Eden Hazard disenarai dalam 1st eleven Chelsea dan bermain selama 62 minit. Eden Hazard yang sebelum ni masih belum cergas sepenuhnya, hanya bermain sebagai pemain sub minggu lepas dalam Gameweek 11. Tapi siap score satu gol!

Minggu ni Chelsea akan menerima kunjungan Everton di Stamford Bridge. Korang rasa Maurizio Sarri akan turunkan Eden Hazard dalam 1st eleven tak? Yang memang dah ada Eden Hazard dalam team korang, boleh la letak Eden Hazard captain minggu ni. Yang belum beli, nah harga Eden Hazard.

Callum Wilson, Bournemouth

Sumber : Getty

Bournemouth musim ni memang da bomb. Takde siapa sangka Bournemouth boleh beraksi sebaik ni. Perbezaan mata dengan Manchester City di puncak liga hanya 9 mata dan Tottenham Hotspurs di tempat ke-4 liga beza 4 mata je!

Callum Wilson antara pemain tonggak utama Bournemouth setiap minggu yang selalu score! Minggu lepas lawan Manchester United pun Callum Wilson berjaya score 1 gol. Jadi memang patut lah kalau korang jadikan Callum Wilson captain minggu ni sebab Bournemouth akan bertemu Newcastle United. Newcastle United setakat ni baru menang 1 perlawanan je!

Pierre-Emerick Aubameyang, Arsenal

Sumber : Getty

Dalam perlawanan Europa League minggu ni, Aubameyang turun beraksi menggantikan Danny Welbeck yang injured pada minit ke-30. Mungkin Unai Emery plan nak rehatkan Aubameyang masa Europa League sebab nak main Premier League minggu ni, tapi sebab Danny Welbeck dah injured masa awal game nak buat macam mana kan? Korang rasa Aubameyang akan main 1st eleven nanti tak?

Arsenal akan bertemu Wolves di Emirates Stadium minggu ni. Setakat ni Arsenal hanya kalah di stadium sendiri masa lawan Manchester City je. Lawan team lain Arsenal menang dan seri di Emirates Stadium. Dengan gameplay Arsenal yang semakin boek, korang boleh pertimbangkan untuk pilih Aubameyang sebagai captain team korang.

Harry Kane, Tottenham Hotspurs

Sumber : Reuters

UEFA Champions League minggu ni Harry Kane score dua gol kalahkan team dari Netherlands, PSV Eindhoven. Tipu la kalau korang tak terliur untuk jadikan Harry Kane captain minggu ni.

Minggu lepas Harry Kane score satu gol lawan Wolves, minggu ni Tottenham Hotspurs akan datang menentang Crystal Palace sebagai away team. Kalau tengok balik result Tottenham Hotspurs sebagai away team sebelum ni not bad. Hanya kalah kepada Watford. Korang rasa Harry Kane boleh buat hat-trick tak untuk game kali ni? Triple captain la selamba!

Sadio Mane, Liverpool

Sumber : Getty

Memandangkan prestasi Mo Salah musim ni tak semantap musim lepas, Sadio Mane mungkin pilihan yang lebih tepat untuk korang pilih sebagai captain minggu ni.

Walaupun Liverpool ditibai 2-0 oleh team tak ternama dari Serbia, Red Star Belgrade dekat UEFA Champions League minggu ni, mungkin dekat Premier League Liverpool boleh bangkit balik menentang Fulham untuk Gameweek 12. Liverpool tak pernah lagi kalah dan hanya bolos satu gol je sebagai home team setakat ni. Yang belum lagi beli Sadio Mane, boleh usha harga kat bawah ni.

Memang sengaja aku tak letak player Manchester City dan Manchester United sebagai calon captain untuk minggu ni. Sebab dua team Manchester ni akan bertemu sesama sendiri minggu ni! Walaupun sekarang ni Manchester City lebih mempunyai keyakinan untuk menang game minggu ni, tapi Manchester United kalau main Manchester Derby memang lain macam padu! So, kalau korang berani untuk pertaruhkan Sergio Aguero, Raheem Sterling, Anthony Martial atau Marcus Rashford sebagai captain, silakan bosskurr.

KATALAKI: Jangan lupa pilih vice captain yang sesuai gak, mana tau captain tiba-tiba tak main lak kan.

Last modified: 9 November 2018