Caption Thanos Kat Instagram Paling Ngeri

Sembang

Fuhh, tak sampai lagi sebulan filem Captain Marvel ditayangkan, Marvel dah keluarkan trailer terbaru Avengers: Endgame.

Betul ke ni filem terakhir Avengers? Korang dah ready nak terima kenyataan yang lepas filem Avengers: Endgame, dah takde dah filem terbaru Avengers lepas ni? Dalam filem Avengers: Endgame je ada jawapannya. Sementara nak tunggu filem ni ditayangkan pada 26 April 2019 nanti, mari kita siasat sikit pasal trailer terbaru ni.

Kenapa Semua Superhero Pakai White Suits?

Jarang sekali kita nampak semua superhero pakai suits yang sama dalam filem Avengers. Selalunya Iron Man akan pakai baju dia sendiri, Ant-Man pun akan pakai baju dia sendiri. Dorang nak gerak pergi mana ramai-ramai ni? Suits putih yang dorang pakai ni seakan-akan suits yang dipakai oleh Ant-Man untuk masuk ke Quantum Realm.

Doctor Strange pun pernah masuk dalam Quantum Realm ni. Tapi Doctor Strange dah mati dah lepas kena petik jari dengan Thanos dalam Avengers: Infinity War.

Banyak Betul Warna Rambut Black Widow

Kalau korang perasan, dalam trailer terbaru ni, rambut Black Widow kejap merah, kejap blonde, kejap pendek, kejap panjang. Apa punca rambut Black Widow bertukar-tukar warna ni?

Mungkin dalam filem Avengers: Endgame ni nanti ada banyak perubahan masa atau mungkin juga melibatkan time travel?

Bruce Banner & Hulk Mati?

Dalam trailer terbaru ni ada satu scene je yang ada kemunculan Bruce Banner. Hulk masih lagi tak keluar dari dalam diri Bruce Banner sejak Avengers: Infinity War.

Masa scene semua superhero dengan suits baru warna putih dalam trailer terbaru ni pun tak nampak Bruce Banner. Mana pergi Bruce Banner?

Selain daripada trailer terbaru yang dikeluarkan oleh Marvel ni, ada satu lagi benda yang menarik perhatian orang ramai iaitu caption yang ditulis oleh pelakon watak Thanos kat Instagram, Josh Brolin. #SayMyNameSlowly

 

View this post on Instagram

 

They SHOULD move on. #nocontest #saymynameslowly 😈

A post shared by Josh Brolin (@joshbrolin) on

KATALAKI: Marvel tak pernah berhenti buat kita tak duduk diam fikir pasal teori filem-filem Marvel. 

Last modified: 17 March 2019