Cara Berkesan Membentuk Habit Baru

Life x Tips, Sembang

Bila dah lama sangat duduk rumah sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dan sekarang memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), mesti ramai yang dah mula mencari hobi baru untuk dilakukan di rumah. Sebab biasanya masa kita banyak dihabiskan di rumah, bila kena duduk rumah lama-lama kita jadi tak tahu nak buat apa lagi dah (selain main game dan layan movie). Jadi mungkin ada di antara korang yang rasa sudah sampai masa untuk memulakan habit baru. Apa sebab nak mula habit baru? Yelah kalau duduk rumah tiap-tiap hari dan buat benda sama pun bosan juga kan. So apa kata kita cuba bina habit baru yang boleh meningkatkan semula produktiviti dan memberi manfaat kepada kita.

Habit baru bukan lah sesuatu yang mudah untuk dibentuk, tetapi ia tidak mustahil juga untuk dicapai. Mungkin ada antara korang yang cuba untuk membina habit baru tetapi gagal. Tapi kalau kita gunakan teknik yang betul, tak mustahil lama kelamaan ia menjadi perkara normal dalam kehidupan seharian kita. Jadi ini adalah tiga cara yang paling berkesan untuk membentuk habit baru. 

CABARAN 30 HARI

Biasanya kita akan lebih bersemangat untuk melakukan sesuatu cabaran. Ibarat kita ingin mencabar kemampuan diri kita. Jadi cabaran 30 hari ini sangat sesuai sebagai permulaan untuk membina tabiat baru. Ini adalah langkah-langkah untuk melakukan cabaran 30 hari.

  • Memilih satu tabiat yang ingin dibiasakan atau dihentikan. Contohnya korang nak jadikan membaca buku tu sebagai habit baru, atau korang nak berhenti daripada habit makan makanan ringan. 
  • Menulis atau membuat senarai tabiat baru tu di atas kertas sebanyak 30 kali. Jadi setiap kali korang berjaya melakukan tabiat tersebut korang akan tandakan tick pada hari yang korang berjaya tu.
  • Cuba untuk mencapai matlamat sekurang-kurangnya 25 hari melakukan habit yang baru tu supaya ia lebih mudah menjadi kebiasaan pada diri.

Kaedah ini lebih kepada konsep istiqomah lah dalam melalukan sesuatu amalan baru. Kalau kita istiqomah atau konsisten melakukan sesuatu perkara, tak mustahil ia akan membentuk habit baru dalam diri kita. Selepas habis 30 hari tu kalau boleh jangan terus berhenti dan keep on practicing apa yang korang dah lakukan selama sebulan tu

HENTI GELUNG TABIAT

Apa tu Gelung Tabiat? Dengar macam sejenis alatan sukan pula. Tapi ia merupakan satu kitaran tabiat yang kita sering lakukan dalam kehidupan harian kita. Contohnya tabiat menghadap Netflix selama berjam-jam selepas pulang dari kerja. Mungkin kalau sekali sekala tu kira okay lagi. Tapi kalau dah hari-hari ia boleh menjadi habit yang membuang masa kita yang sepatutnya kita gunakan untuk berehat.

Dalam Gelung Tabiat terdapat tiga perkara yang perlu dilihat iaitu Pencetus, Rutin dan Ganjaran. Pencetus adalah perkara yang mencetuskan sesuatu perbuatan seperti perbuatan baring di sofa selepas pulang ke rumah. Rutin pula adalah perkara yang kita lakukan kebiasaannya selepas kita pulang ke rumah, seperti tengok Netflix. Manakala ganjaran pula adalah apa yang kita dapat selepas menonton Netflix, seperti mendapat kepuasan dan keseronokan menonton rancangan kegemaran kita. Jadi Gelung Tabiat ini harus dihentikan.

Cara menghentikannya adalah dengan menukar Pencetus, Rutin dan juga Ganjaran kepada perkara lain. Jika selepas pulang ke rumah kita selalu terus berehat ke sofa, mungkin lepas ni kita boleh menukar habit tersebut seperti terus pergi mandi selepas sampai ke rumah. Jadi kita akan membuat satu kitaran habit baru dan juga menghentikan habit lama dalam masa yang sama. 

TEKNIK PENGGANTIAN

Teknik penggantian adalah teknik yang digunakan untuk mengisi kekosongan habit yang ditinggalkan. Contoh kalau setiap malam kita sering menghabiskan masa di media sosial sebelum tidur (dimana ia merupakan habit yang kurang baik), maka bila habit itu dihentikan kita akan mempunyai ruang masa yang kosong dalam satu atau dua jam sebelum tidur. Jadi teknik penggantian ini adalah untuk menggantikan masa yang terluang tu dengan perkara lain. Dalam situasi tadi, kita cuba gantikan dengan amalan membaca buku sebelum tidur. Masa kita yang telah dikosongkan tadi telah diganti dengan amalan yang lebih baik, dan jika diteruskan akan membina habit baru.

Contoh lain, kalau sebelum ni kita suka mengunyah makanan ringan, mungkin kita boleh tukarkan makanan ringan tu kepada snek yang lebih sihat seperti kekacang, sayur-sayuran atau buah-buahan.

Kesemua kaedah-kaedah ini hanya lah panduan untuk korang yang telah lama mencari cara untuk memulakan habit baru atau menghentikan tabiat lama, dan keberkesanan kaedah-kaedah ini bergantung kepada diri masing-masing. Kalau korang betul-betul nak menanamkan habit baru yang baik, boleh lah cuba cara-cara ini. Selamat mencuba!

KATALAKI: Sesungguhnya untuk memulakan habit baru tu memang susah, tapi tak salah mencuba…

Last modified: 15 June 2020