Cara-Cara Bayar Zakat Secara Online

Life x Tips, Sembang, ZeKool

It’s that time of the year lagi sekali, apabila masuk je bulan Ramadan ni, benda yang paling crucial sekali dalam bulan yang mulia ini selain daripada menyelesaikan ibadah berpuasa selama sebulan. Kita juga harus menunaikan pembayaran zakat fitrah.

Membayar zakat fitrah adalah sebahagian daripada rukun islam keempat, ianya juga adalah Fardhu Ain untuk setiap umat islam bagi memenuhi segala syarat yang telah diwajibkan. Sekiranya seseorang individu beragama Islam dengan sengaja tidak membayar zakat, maka ianya adalah disabit sebagai dosa besar.

Tak dinafikan bila time-time bulan puasa ni, mungkin sebahagian kita akan terlalai dalam pembayaran zakat. Nak nak bila kita berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) ini, ada diantara kita yang tidak dapat keluar untuk hadir ke pusat zakat atau pun di mana-mana masjid yang menyediakan perkhidmatan pembayaran zakat.

Tapi jangan risau, sebab dizaman yang serba moden ni, kita dah didedahkan dengan pelbagai cara untuk memudahkan segala jenis urusan untuk kita selesaikan dan antaranya juga seperti urusan pindahan wang dan urusan pembayaran zakat yang juga boleh dilakukan secara online. 

Kalau ramai yang tak tahu, ya. Pembayaran zakat fitrah juga boleh dilakukan secara atas talian atau online, ianya membantu urusan buat mereka mempunyai kekangan masa yang terhad, dengan cara ini kita semua dapat melakukan kewajipan yang dituntutkan dalam agama Islam.

Kemudahan pembayaran secara online ini sebenarnya telah lama diperkenalkan sejak beberapa tahun yang lalu, dan sekarang ini kebanyakkan negeri sudah juga memperluaskan kemudahan ini bagi orang ramai.

Jangan pula risau tentang cara ataupun niat pembayaran zakat ini kerana pembayaran zakat secara online ini telah diiktirafkan sebagai sah mengikut hukum syariat. Oleh kerana kita berada dalam tempoh PKP bagi setiap negeri, pembayaran zakat fitrah dalam bulan Ramadan bagi tahun 1441H/2020M perlu dijelaskan dengan mengunakan perkhidmatan pembayaran secara online.

CARA-CARA BAYAR ZAKAT ONLINE

Dengan kemudahan yang sedia ada pada harini, pembayaran zakat fitrah yang dilakukan secara online mengikut setiap negeri, boleh dilakukan mengunakan perbankan Internet mengunakan browser komputer atau cara paling mudah sekali dengan mengunakan aplikasi di smartphone.

Untuk cara yang pertama ini, kami kongsikan step-by-step guide pembayaran zakat fitrah mengunakan browser komputer. Cara-cara ini sangat mudah dan korang boleh ikut tanpa ragu-ragu. Untuk saya, disebabkan saya tinggal dan bekerja di Selangor, maka saya akan memilih pembayaran zakat menerusi sistem Zakat Selangor di website rasmi https://www.zakatselangor.com.my/. Jadi kalau korang tinggal di Selangor, korang boleh ikut langkah-langkah dibawah ini.

Kalau korang tinggal dan bekerja di negeri lain, maka korang boleh semak laman web rasmi pusat zakat di negeri tersebut, process pembayarannya juga adalah lebih kurang sama seperti dibawah mengikut laman web pusat zakat negeri masing-masing.

  1. Langkah pertama adalah buka website Zakat Selangor di https://www.zakatselangor.com.my/.

    Image via: Thelaki.com.my

    Disini korang boleh lihat terdapat pelbagai info tentang zakat dan sebagainya. Okay, scroll ke bawah dan klik pada Bayar Zakat Anda di kotak berwarna hijau tu.

  2. Nanti korang akan dibawa ke page pembayaran, terdapat 4 langkah yang mudah. Apa yang korang perlu buat adalah masukkan info-info peribadi seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon. Paling penting sekali, pilih Jenis Zakat.

    Image via: Thelaki.com.my

    Pastikan korang pilih Zakat Fitrah dan pilih Jenis Beras yang terdapat disini bergantung pada harga yang ditetapkan, terdapat 3 jenis beras yang boleh dipilih mengikut harga RM7, RM14, dan RM21. Selepas tu, pilih juga bilangan diri dan tanggungan. Kalau korang belum bernikah, maka pilih 1 orang je lah hehe. Double check setiap butiran yang dah diisi tu, lepas tu klik pada butang Seterusnya.

    Image via: Thelaki.com.my

  3. Penguna akan dibawa ke page untuk memilih kaedah pembayaran zakat, dimana terdapat 3 pilihan sistem pembayaran. FPX, Jompay atau Touch’n Go eWallet.

    Image via: Thelaki.com.my

    Macam saya, saya pilih FPX sebab ada banyak pilihan bank yang ada dalam senarai. Bila dah pilih bank yang korang nak gunakan tu, klik butang Seterusnya.

    Image via: Thelaki.com.my

  4. Penguna akan dibawa ke page seperti ini, disini korang boleh semak semula details yang telah diisikan sebelum membuat pembayaran. Pastinya semuanya betul.

    Image via: Thelaki.com.my

  5. Seterusnya, korang boleh proceed dengan langkah-langkah pembayaran bank macam mana korang beli barang online tu. Bila dah settle, korang akan dibawa ke page pengesahan bayaran zakat. Maksudnya transaksi process pembayaran tadi dah selamat dilaksanakan. Semudah itu je untuk kita menunaikan zakat fitrah kita.

    Image via: Thelaki.com.my

Mesti ramai yang tertanya-tanya, macam mana pula dengan niat? Selalu kalau bayar zakat fitrah kena lafaz niat. Jangan risau sebab zakat adalah ibadah wajib yang tidak mensyaratkan akad sebagai syarat sah. Hukum akad dalam amalan zakat adalah sunat sahaja. Lafaz itu adalah sunat, niat pula adalah didalam hati dan perbuatan. Niat wajib di hati, lafas sunat dimulut.

Kalau korang takde akses kepada komputer, korang boleh juga gunakan cara diatas ini mengunakan smartphone. Hanya perlu buka laman web rasmi Zakat Selangor mengunakan browser di smartphone je.

GUNA SNAPNPAY

Salah satu cara yang mudah untuk pembayaran zakat fitrah juga boleh dilakukan dengan mengunakan aplikasi SnapnPay. Penguna hanya perlu muat-turun aplikasi SnapnPay melalui Playstore atau di Appstore. Bila dah install dalam smartphone, hanya perlu ke menu utama dan pilih Zakat Fitrah.

Image via: Thelaki.com.my

Langkah seterusnya penguna akan dibawa ke bahagian untuk mengisi butiran peribadi, jumlah tanggungan serta nilai zakat fitrah. Apabila semuanya telah diisikan, maka penguna boleh ke bahagian seterusnya untuk memilih jenis-jenis bank pilihan untuk melakukan transaksi pembayaran.

Aplikasi SnapnPay ini menyediakan 11 negeri majlis agama untuk korang menunaikan pembayaran zakat fitrah. Jika ada negeri yang tidak tersenarai didalam ni, maka korang boleh semak laman web rasmi majlis agama negeri tersebut.

Apa-apa cara sekali pun, pastikan ianya adalah mengikut process melalui saluran rasmi yang telah ditetapkan oleh majlis agama disetiap negeri. Yang penting sekali, pastikan korang menunaikan zakat fitrah sebelum menunaikan solat Aidil Fitri okay!

KATALAKI: Better bro semua buat sebelum terlambat nanti huhuhu…

Last modified: 20 May 2020