Cara Cari Pelanduk Dua Serupa Korang

Tech, ZAP, ZeKool

Pelanduk dua serupa adalah peribahasa yang mengambarkan atau membawa maksud “Dua orang yang seakan-akan sama rupa”. Dan pernah juga kita selalu dengar bila ada orang kata yang dalam dunia ini akan ada tujuh orang yang muka lebih kurang sama dengan kita.

Tapi harini kita bukan nak ceritakan tentang peribahasa ataupun statement dan kajian tentang tujuh orang muka yang sama dengan kita tetapi Thelaki nak bawa korang explore tentang cara-cara yang terbaik untuk cari muka korang yang sama dengan potrait seni lukisan yang terwujud di museum dunia ini.

Haa dengan mengunakan sistem dan feature Google Art Selfie, ianya bertujuan untuk memadankan gambar selfie yang korang ambil dengan beribu koleksi karya seni yang terdapat di online. Paling menariknya sekali, result yang diperolehi daripada sistem yang diciptakan oleh Google ini boleh dikatakan 80-90% tepat dengan gambar yang dipadankan.

Bukan sahaja ianyakan memadankan gambar selfie yang korang dah muat naikkan itu, tetapi ianya juga akan memberikan info tentang karya seni yang mempunyai muka yang seiras atau nampak macam muka yang korang muat-naikkan itu. Boleh dikatakan sistem aplikasi Google Arts And Culture ini memang cerdik dalam memadankan gambar selfie dengan rupa yang terdapat dalam lukisan-lukisan yang ada di museum. Ada juga gambar-gambar lukisan yang tak masuk akal yang akan cuba dipadankan dengan muka selfie yang korang muat naikkan tu.

Feature Google Art Selfie ini boleh didapati menerusi aplikasi Google Arts & Culture yang diberikan secara percuma untuk penguna sama ada di peranti Android mahupun penguna yang mengunakan smartphone keluaran Apple.

Image via: Thelaki.com.my

Selain daripada feature Art Selfie. Di dalam aplikasi ini juga korang boleh juga usha bermacam-macam jenis koleksi hasil karya seni yang ternama dan tertua yang terdapat dan disediakan di dalam database Google. Nak-nak lagi time macam sekarang ni, memang sesuai jugak lah kalau korang nak ambik feel jenjalan tengok museum dengan feature virtual reality tour museum. Kalau korang ada cardboard viewer atau VR Smartphone Player, lagi ngam sebab korang boleh dapat dan rasakan pengalaman VR macam korang betul-betul kat museum.

Tidak dilupakan jugak, dengan berbekalkan database karya seni di dalam aplikasi Google Arts & Culture ini. Terdapat juga feature-feature lain yang mengunakan kamera di smartphone korang.  

Antaranya seperti feature Art Transfer yang membenarkan penguna untuk mengambil apa saja jenis gambar dan transform gambar terus mengikut style lukisan-lukisan seni yang popular seperti lukisan the Scream, Man From Namples, Potrait of Lisa Gherardini atau lebih dikenali sebagai potret Mona Lisa. Paling menarik sekali adalah teknologi serta algoritma aplikasi Google ini dapat membaca dan mengatur gambar yang korang ambil itu untuk disesuaikan dengan lukisan seni. Tak lupa juga, korang boleh simpan gambar tersebut dalam bentuk gambar biasa ataupun dalam bentuk format Gif.

And last but not least, dengan mengunakan fungsi kamera di smartphone korang, pernah tak korang terfikir hasil karya seni kat museum tu saiz dia besar mana? Dengan feature Art Projector ini, ianya membolehkan penguna memuat turun hasil karya seni seperti lukisan ataupun arca ukiran untuk para penguna melihatnya seakan seperti ianya berada bersama dengan penguna dalam bentuk yang sebenar, feature ini mengunakan teknologi Augmented Reality lah senang cerita. So korang boleh la letakkan hasil karya seni ternama dekat ruang di rumah korang kalau nak tahu berapa besar potrait ataupun seni ukiran tersebut yang dipaparkan di museum.

KATALAKI: Teknologi zaman sekarang boleh buat macam-macam, jangan salah gunakan ya bro!

Last modified: 11 April 2020