Cara Elak Dihidrasi Semasa Berpuasa

Sembang, ZAP

Sedar tak sedar kita dah memasuki minggu ketiga bulan Ramadan. Maksudnya semakin hampir lah lebaran Hari Raya Aidilfiti. So far korang okay ke sepanjang berpuasa ni? Ke masih struggle nak bangun sahur? Kalau still struggle boleh lah baca dulu tips mudah bangun sahur. Memang tak dinafikan dalam bulan puasa ni kita akan menitikberatkan pemakanan kita sewaktu berbuka dan sahur bagi mengelakkan badan menjadi lemah keesokkan harinya. Bila badan rasa letih sebab tak makan dengan betul, nak buat kerja pun rasa tak semangat. Dan yang paling crucial semasa bulan Ramadan adalah memastikan badan kita hydrate dengan minum air secukupnya. So untuk mengharungi bulan puasa dalam seminggu dua ni, jom aku share macam mana nak kekal hydrate semasa berpuasa.

MINUM AIR SECUKUPNYA

Kalau bulan-bulan lain, senang lah untuk kita bahagikan pengambilan air 8 gelas sehari ni sebab boleh minum waktu siang. Tapi bila bulan Ramadan ni waktu yang kita ada adalah dibelah malam sahaja sehingga waktu subuh. Jadi takut tak terkejar pula nak minum air masak 8 gelas tu.

Tak mustahil sebenarnya untuk kita habiskan 8 gelas tu, tapi syaratnya kena kurangkan minuman yang manis dan makan secara berkala. Boleh mulakan berbuka puasa dengan meminum segelas air masak dahulu. Lepas tu kita makan pun jangan sampai penuh perut. Then boleh minum lagi segelas lepas habis makan juadah berbuka. Dah dua gelas korang minum. Kemudian korang boleh minum segelas lepas solat Mahgrib sekali dan lepas solat Isyak sekali.

Bila dah habis buat solat sunat Tarawih, boleh lah minum lagi segelas, dan sebelum tidur pun minum lagi segelas. Jadi sepanjang malam tu korang dah minum 6 gelas air masak. Lagi dua gelas korang boleh minum waktu sahur. Lengkap lah rutin minum air masak secukupnya semasa bulan puasa. Jadi badan korang pun tak akan rasa letih sangat bila berpuasa dan boleh kekalkan tenaga untuk melakukan tugas-tugas harian.

ELAKKAN AIR MANIS DAN BERKAFEIN

Segala jenis minuman bersoda yang manis atau minuman energy seperti Redbull boleh membuat kita mudah rasa dahaga. Minuman berkafein yang mengandungi deuretik pula boleh mengurangkan cecair dalam badan dan buat kita mudah haus. So untuk bulan Ramadan mungkin pilihan air ni boleh diketepikan dahulu. Kalau korang rasa nak minum air manis juga, better buat jus tembikai yang diminum sejuk dan segar. Tapi make sure tak tambah gula lah.

MAKAN BUAH DAN SAYUR ELAK DEHIDRASI

Selain minum air masak secukupnya, pemakanan buah yang mengandungi kandungan air yang tinggi juga boleh menjadi sumber untuk cukupkan cecair dalam badan korang. Contohnya macam buah tembikai. Makan buah tembikai sejuk-sejuk syok weh. Kira ni kalau dah bosan minum air masak boleh lah makan tembikai.

Selain buah, sayur-sayuran hijau juga mengandungi peratusan cecair yang tinggi. Memakan sayur pun boleh menampung kehilangan cecair dalam badan. Contohnya seperti sayur timun yang dimakan sejuk.

ELAKKAN MAKANAN MASIN ATAU BERJERUK

Makanan masin sebenarnya boleh menyebabkan tubuh kita mudah dehidrasi terutamanya waktu berpuasa. Walaupun tubuh kita memerlukan sumber mineral daripada garam, jumlahnya sebenarnya sedikit sahaja. Jadi untuk bulan puasa ni mungkin boleh ketepikan dulu menu ikan masin.

KATALAKI: Kerap mandi siang bukan salah satu cara untuk elak dehidrasi ye guys…

Last modified: 11 May 2020