Cara Latihan Padu 5 Atlet Dunia Di Bulan Ramadan

Aktif, ZAP, ZeKool

Dalam kalender Islam, Ramadan disambut pada bulan ke sembilan. Bulan yang dikenali sebagai bulan untuk kita semua fokus pada mensucikan serta mengimbangkan jasmani dan rohani tak lupa juga bulan yang paling digalakkan untuk melebihkan amal ibadah.

Bulan Ramadan juga bukan lah bulan yang dianggap untuk kita sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi ianya juga bulan untuk kita bermuhasabah diri iaitu untuk kita melihat kembali apa yang sudah kita lakukan sepanjang lapan bulan yang sebelum ini agar kita dapat menginsafi daripada segala perbuatan yang telah dilakukan dan melaksanakan segala tuntutan ibadah untuk mendapat keredaan-Nya. Bermusabahan diri juga memberi kita ruang agar kita dapat mendekatkan hati kita secara spiritual.

Jadi persoalan yang timbul adalah adakah bulan Ramadan menghadkan segala aktiviti-aktiviti kesukanan? Bagaimanakah seseorang atlet menjaga serta mengekalkan tubuh badan mereka dikala menyambut bulan Ramadan.

Kali ni kita nak usha 5 atlet dunia dan bagaimana mereka berpuasa sambil mengekalkan latihan secara intensif buat tubuh badan mereka.

BINTANG NFL – HUSAIN ABDULLAH

Husain Abdullah merupakan bekas atlet American Football, beliau bermain di bahagian safety untuk pasukan kelab Kansas City Cheifs serta Minnesota Vikings. Selepas bersara sebagai bintang National Football League (NFL), Husain menjadi seorang penulis serta penceramah bebas. Ketika menyumbangkan tenaganya di padang NFL, Husain amat dikenali kerana sentiasa istiqomah dengan amal ibadahnya sebagai salah seorang atlet beragama Islam.

Walaupun menjalani kehidupan seharian sebagai atlet NFL, Husain tetap menjalankan kewajipan dalam bulan Ramadan. Berpuasa sambil menjalankan latihan secara hardcore di padang NFL. Namun Husain terpaksa menukarkan sedikit cara beliau menyesuaikan sesi latihan di bulan Ramadan.

“Semasa saya bermain di NFL saya harus menyesuaikan diet, senaman, dan jadual tidur saya. Perlu banyak persiapan tetapi Allah membimbing saya” kata atlet berusia 35 tahun itu. Antara diet yang diubah Husain adalah dengan tidak mengambil makanan-makanan berminyak, berlemak serta makanan-makanan yang mengandungi perencah yang keterlaluan, Husain juga memotong pengambilan gula, manisan dan juga pengambilan kafein. Ketika berlatih di bulan Ramadan juga Husain memperbanyakkan meminum air alkali dan air kelapa untuk penghidratan, jus acar, Gatorade, dan Pedialyte untuk menjaga keseimbangan elektrolitnya.

Strategi diet bulan Ramadan yang diterapkan Husain berjaya mengekalkan beliau untuk menyertai sesi latihan 2 kali sehari serta mengukuhkan posisi beliau dalam pasukan Minnesota Vikings. Semua ini dilakukan Husain ketika berpuasa.

ATLET TRIALTON – KHADIJAH DIGGS

Untuk atlet sukan larian atau Trialton ini, bulan Ramadan bulan yang amat dinantikan oleh Khadijah Diggs. Bulan Ramadan adalah bulan untuk beliau mengucapkan tanda syukur buat kerjayanya sebagai alah seorang Atlet.

Untuk sesi latihan pada bulan Ramadan, Khadijah beralih kepada sprint triathlon, walaupun jarak yang pendek namun latihan intensif tetap diteruskan yang terdiri daripada renangan setengah batu serta perlumbaan basikal sejauh 12 mile dan larian 3.1 mile. Sesi latihan yang sangat padu dikekalkan Khadijah ini membantu beliau dalam memenangi kejuaraan Sweetwater Super Sprint yang dilakukan ketika berpuasa.

Sebagai atlet ketahanan yang bertanding dalam acara yang memerlukan berjam-jam latihan, cabaran utama Khadijah pada bulan Ramadan adalah mengekalkan jisim otot atau muscle mass sebanyak yang mungkin walaupun ketika berpuasa. Khadijah memastikan beliau mengikut jadual latihan serta persiapan makanan mengikut kadar kalori dan protein yang bersesuai untuk memberikan tenaga yang secukupnya untuk latihan dan recovery.

Untuk waktu berbuka, Khadijah mengambil makanan yang berasaskan telur dan pancake yang mengandungi tepung protein, keju dan avocado.

ATLET TINJU – AMAIYA ZAFAR

Pada tahun 2017, ketika usianya mencecah tujuh belas tahun, Amaiya Zafar merupakan wanita pertama di Amerika Syarikat yang diberi kebenaran untuk mengenakan hijab ketika di gelanggang sukan tinju.

Pada bulan Ramadan, jadual latihan Amaiya lebih kurang sama, tiada perubahan yang ketara namun beliau cekal untuk memastikan tidak jatuh sakit ketika menjalanankan sesi latihan sambil berpuasa. Antara waktu yang mencabar buat adalah ketika harus beraksi di gelanggang dalam bulan Ramadan. “Saya suka agama dan sukan tinju” kata atlet muda sukan tinju itu yang pernah mengegarkan industri sukan tinju apabila beliau dilucutkan daripada bertanding oleh kerana beliau memakai hijab ketika beraksi di gelanggang.

ATLET TINJU – ADIL ANWAR

Seorang lagi atlet sukan tinju berasal daripada United Kingdom yang dikenali sebagai antara atlet tinju dengan tumbukan yang sangat padu ketika beraksi di gelanggang. Namun untuk bulan Ramadan, Adil Anwar membuat keputusan untuk tidak bertanding dan mengunakan masa yang sepenuhnya untuk latihan dan memperbanyakkan ibadah pada bulan Ramadan.

Bulan Ramadan juga Adil memberikan ruang ini untuk detox secara fizikal, “biasanya tubuh saya berada dalam keadaan terbaik beberapa minggu selepas Ramadan” menurut peninju dengan gelaran Platinum Kid.

ATLET ANGKAT BERAT – KULSOOM ABDULLAH   

Bukan saja beliau merupakan atlet angkat berat, Kulsoom Abdullah juga merupakan seorang data scientist yang pernah mewakili Amerika Syarikat untuk acara sukan Olimpik pada tahun 2010. Kulsoom Abdullah juga adalah wanita pertama di Amerika Syarikat yang bertanding dalam International Weightlifting Federation sambil mengenakan hijab.

Menurut Kulsoom Abdullah, antara cabaran untuk beliau ketika di bulan Ramadan adalah untuk menahan rasa dahaga dan memberi tahu tentang kenapa beliau tidak boleh meminum air kepada mereka yang tidak tahu bulan Ramadan. Walaupun dalam keadaan tidak boleh meminum air, Kulsoom berjaya mencatatkan rekod peribadi untuk deadlift ketika berpuasa dan beliau banyak belajar tentang ketahanan secara fizikal dan mental pada bulan Ramadan.

“Saya selalu ingatkan diri tentang menjaga stamina dalam waktu yang mencabar walaupun pada bulan puasa” kata atlet berketurunan Pakistani American.

Fuh walaupun puasa, ianya bukan alasan untuk kita tidak mengekalkan gaya hidup yang sihat. Harap-harap dengan perkongsian ni sedikit sebanyak dapat memberikan korang motivasi.

KATALAKI: Kita baru lapar sikit dah rasa mengantuk nak tidur, macam manooo?

Last modified: 2 May 2020