Cara Paling Senang Nak Dapatkan Filter IG Stories Yang Rare

Sembang

Setiap pengguna Instagram termasuk lah korang mesti dah boleh perasan betapa banyak jenis AR filter kat Instagram Stories yang selalu digunakan oleh kawan-kawan korang atau pun korang sendiri. Semenjak Spark AR Studio dah boleh digunakan secara terbuka oleh ramai, tu yang semakin banyak filter Instagram Stories pelik-pelik korang boleh jumpa.

Mungkin gak antara kita yang masih lagi tak tahu macam mana cara nak dapatkan filter Instagram Stories yang rare sebab takut untuk mencuba. Seronok gak sebenarnya bila main dengan filter Instagram Stories ni. Yang belum pernah cuba, kena cuba. Ada yang lawak dan ada gak yang ngeri untuk korang cuba sebab tak boleh terima muka sendiri nampak hodoh dalam Instagram Stories. Sebenarnya Instagram Stories bukan je ada filter yang pelik-pelik sampai korang takut nak cuba, ada gak filter yang mencantikkan lagi gambar atau video melalui warna yang diubah suai mengikut tema. Macam korang edit gambar guna aplikasi dalam smartphone. Kali ni tak payah nak guna aplikasi lain, guna filter kat Instagram Stories je.

 

View this post on Instagram

 

We met up with some of the top creators in the gaming community this week at #Gamescom 2019 to help them create custom Instagram effects using #SparkAR, giving them a new way to engage with their fans. Check out our Stories to try the effects for yourself!

A post shared by Spark AR (@sparkarcreators) on

Ada dua cara untuk korang dapatkan filter Instagram Stories yang korang nak ikut suka hati korang. Yang pertama, korang boleh dapatkan daripada pencipta filter tu sendiri. Pergi je kat pencipta Instagram Stories tersebut, contohnya kami pilih ya.molli yang memang dah terkenal dengan filter yang cun-melecun. Korang tengok kat bahagian Instagram Stories, korang akan nampak kat bahagian atas belah kiri ada nama filter yang digunakan. Klik kat situ.

Image Via : thelaki.com.my

Lepas tu akan keluar menu kat bahagian bawah, korang boleh la pilih sama ada nak cuba dulu atau pun terus save untuk korang guna pada bila-bila masa. Mudah je kan?

Image Via : thelaki.com.my

Image Via : thelaki.com.my

Cara yang kedua lagi senang sebenarnya. Korang buka Instagram Stories, lepas tu pilih je mana-mana filter yang ada kat Instagram Stories korang tu. Korang akan nampak nama filter kat bahagian bawah, klik nama filter tu.

Image Via : thelaki.com.my

Lepas tu akan muncul menu pilihan yang korang boleh pilih, Save effect, Browse effects dan More. Klik kat Browse effects, nanti akan keluar lah segala filter Instagram Stories kat dalam Effect gallery. Pilih la yang mana korang nak.

Image Via : thelaki.com.my

Image Via : thelaki.com.my

Tapi, kalau korang cari filter Instagram Stories kat sini tak banyak sangat pilihan. Kalau korang rajin untuk dapatkan filter yang rare dan cun-melecun, guna cara pertama yang kami kongsikan tadi. Cuma korang kena rajin la cari akaun Instagram yang ada cipta filter Instagram Stories tersendiri.

KATALAKI: Kalau korang nampak kawan korang ada guna filter, boleh je korang save terus daripada Instagram Stories kawan korang tu. 

Last modified: 27 November 2019