Cara Pilih Roles Terbaik Dalam Mobile Legends!

Game, Tech

Mobile Legends: Bang Bang, satu permainan MOBA yang sangat popular sekarang ini. Di Malaysia sahaja, kita mempunyai lebih 5 juta pemain yang aktif bermain permainan video Mobile Legends ini. Bagi mereka yang baru nak berjinak-jinak bermain permainan video ini, aku ada beberapa tips yang mungkin berguna untuk korang.

Tips yang aku nak kongsikan ini adalah cara memilih 3 roles/hero yang terbaik untuk korang. Dalam game ini, terdapat 6 Roles yang korang boleh pilih tapi yang aku nak ceritakan kat sini 3 roles daripada 6 roles yang terdapat dalam Mobile Legends. Setiap roles ini terdapat hero yang mempunyai skill dan cara permainan yang berbeza. Tak dilupakan kita akan tengok Role/Hero yang digunakan oleh Xpax X-Assins.

FIGHTER

Fighter merupakan roles jenis melee attack. Maksudnya korang perlu berada dekat dengan pihak musuh untuk menyerang. Fighter boleh dikatakan merupakan roles yang balance kerana ia mempunyai attack and defence yang agak tinggi.

Terdapat dua jenis Fighter dalam Mobile Legends. Yang pertama adalah Fighter yang menggunakan Mana dan yang tidak menggunakan Mana. Bagi aku, aku lebih suka Fighter yang tidak menggunakan Mana seperti Badang, Thamuz dan Hilda.

Ax daripada team Xpax X-Assins diberikan kepercayaan untuk membawa roles Fighter dan hero yang dia selalu pilih adalah Chou. Chou kalau dia dah keluarkan ultimate dia, memang korang tak boleh buat apa-apa. Automatic mati bro!

TANK

Tank merupakan benteng utama setiap team. Hero yang berada dibawah roles Tank mempunyai defense yang sangat tinggi dan mampu untuk menyerap attack daripada pihak musuh bagi melindungi teammates yang lain.

Disebabkan Tank mempunyai defense dan nyawa yang tinggi, pihak musuh tidak akan mampu membunuh tank secara solo. Namun satu kelemahan Tank adalah attack damage ia sangat rendah jadi ia juga tidak mampu untuk membunuh enemy secara solo.

Artha selaku captain untuk pasukan Xpax X-Assins membawa role Tank dan hero yang dia selalu gunakan adalah Grock. Grock mempunyai charge attack yang mana kalau dia libas, boleh setengah nyawa korang kurang. Lagi satu dia mempunyai skill yang mana dia mampu membuat dinding untuk menghalang enemy melarikan diri!

Bagi role Mage, Raisyaa yang mana juga merupakan pemain baru untuk Xpax X-Assins telah diberikan tanggungjawab untuk membawa role ini. Hero yang dia selalu pilih adalah Harith. Aku paling menyampah bila jumpa Harith dalam match sebab magic damage dia sangatlah tinggi dan skill dia yang membuatkan dia boleh teleport membuatkan agak sukar untuk attack dia.

ASSASSIN

Assassin merupakan roles yang sangat susah untuk digunakan dan nasihatkan aku kalau korang masih baru bermain Mobile Legends, elakkan menggunakan hero jenis Assassin. Ini kerana Assassin mempunyai nyawa yang rendah dan memerlukan pemain yang boleh berfikir dengan pantas.

Salah satu kelebihan Assassins adalah ia mampu bergerak dengan laju dan mempunyai damages yang tinggi. Mostly hero Assassins mempunyai kelebihan untuk Lifesteal yang mana ia mampu mencuri nyawa setiap kali attack ia mengena pihak musuh.

Bagi membawa role Assassins, Smooth diberikan tanggungjawab untuk membawa role ini dan pilihan hero yang dia gunakan juga sangat bagus iaitu Hayabusa. Hayabusa ini mempunyai satu kelebihan yang mana dia mampu untuk keliling map dan curi buff pihak enemy dengan cepat!

Celcom Xpax KEK Semester 2

Sekarang korang dah tahu serba sedikit tentang roles yang ada dalam permainan video Mobile Legends tapi ada satu lagi benda penting yang korang perlu ada untuk pastikan korang berguna dalam satu team iaitu kelajuan internet, dengan Ultra Hour Pass daripada Celcom Xpax, up your game with unlimited high-speed Internet dari RM1!. Kalau internet slow dan asyik lag, korang pakai heroes apa pun tetap tak guna! Jadi untuk pastikan korang dapat internet yang pantas, korang kenalah menggunakan Celcom Xpax, the best 4G LTE network di Malaysia!

Dan untuk peminat-peminat permainan Mobile Legends: Bang Bang, jangan lupa untuk datang ke Kejohanan E-Sukan Kampus Semester 2 yang mana akan berlangsung pada bulan Oktober 2019 nanti. Dengar-dengar salah satu team Mobile Legends yang top di Malaysia iaitu  Xpax X-Assins juga akan berada disana nanti. Kalau korang berminat nak sertai KEK untuk semester ke-2, jangan lupa daftarkan team korang segera di https://www.mygameon.my/xpax-kek

So nanti bolehlah korang tengok cara dorang bersama dua pemain baru dorang iaitu Unta dan Raisyaa bermain. Mana tahu nanti lagi senang korang nak pilih roles apa yang sesuai dengan korang. Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang pasukan Xpax X-Assins, korang boleh Like dan Follow Facebook rasmi Xpax X-Assins kat SINI & baca artikel tentang diorang dekat SINI

KATALAKI: Kalau korang perlukan player yang main Tank, korang boleh roger aku hahaha!

Last modified: 4 October 2019