Cara Senaman Plank Paling Ringkas

Collab, Feature, SuperDeals

SuperDeals

Salah satu cara senaman paling mudah untuk korang buat sama ada dalam bilik tidur, ruang tamu, pantry pejabat atau dalam gym adalah plank. Mudah tu bukan bermaksud secara bersenang-lenang je korang buat tak ikut cara yang betul, tapi plank tak memerlukan apa-apa alat, hanya memerlukan tubuh badan korang sendiri dan kekuatan mental.

Banyak gak sebenarnya kelebihan yang kita akan dapat melalui senaman plank antaranya menguatkan teras badan (body core), mengurangkan risiko kecederaan belakang, membetulkan postur badan dan meningkatkan kesihatan sistem saraf. Jadi, kali ni kami nak tunjukkan cara senaman plank paling ringkas yang korang boleh buat kat mana-mana dan bila-bila masa.

ELBOW PLANK

Image Via : thelaki.com.my

Ini cara plank paling popular dan senang untuk korang buat. Baring di atas lantai macam nak buat push-up, tapi kali ni pastikan siku korang menyentuh permukaan lantai. Gunakan hujung kaki kiri dan kanan untuk menahan badan korang daripada terkena permukaan lantai. Pastikan gak masa buat Elbow Plank atau apa-apa jenis plank yang lain, postur badan korang dalam keadaan yang lurus dari kaki hingga kepala. Kalau boleh buat depan cermin lagi senang korang nak pantau betul atau tak posisi dan postur badan korang tu. Tahan selama 60 saat atau lebih.

REGULAR PLANK

Image Via : thelaki.com.my

Cara plank ni pun macam nak buat push-up, tahan badan korang daripada terkena lantai menggunakan hujung kaki selama 60 saat atau lebih.

SIDE PLANK

Image Via : thelaki.com.my

Plank kali ni memerlukan korang untuk menghadap ke tepi, kiri dan kanan. Sama ada korang nak mulakan dengan kiri atau kanan tu tak kisah, gunakan hanya sebelah tangan dan bahagian tepi kaki untuk tahan badan korang daripada terkena permukaan lantai. Tahan selama 60 saat atau lebih. Dah settle buat sebelah kiri, buat sebelah kanan lak.

ONE HAND PLANK

Image Via : thelaki.com.my

Bermula dengan posisi Regular Plank, tapi kali ni gunakan satu tangan je untuk tahan seluruh badan korang. Lagi sebelah tangan, korang letak kat pinggang. Tahan selama 60 saat atau lebih. Dah tahan guna tangan kiri, korang tukar lak tahan guna tangan kanan.

CLIMBING PLANK

Kalau korang rasa plank kat atas semua tu terlalu mudah, korang boleh cuba buat Climbing Plank. Mula dengan posisi Elbow Plank, lepas tu luruskan tangan kanan kemudian tangan kiri sampai posisi korang berubah menjadi Regular Plank. Ulang semula pergerakan yang sama, bengkokkan tangan kanan kemudian tangan kiri sampai posisi korang kembali menjadi Elbow Plank. Ulang pergerakan yang sama sehingga 30 saat atau lebih. Korang boleh tengok gambar kat bawah ni sebagai contoh.

Image Via : thelaki.com.my

Image Via : thelaki.com.my

Image Via : thelaki.com.my

Kalau korang nak mantapkan dan menguatkan lagi otot korang sambil buat plank, korang boleh guna Electrical Muscle Stimulation yang boleh diletakkan kat bahagian perut, belakang badan, lengan, peha dan betis. Cara paling jimat untuk korang dapatkan alat Electrical Muscle Stimulation adalah di SuperDeals, GINTELL G-Ace EMS Shape Up Patch yang berharga RM179. Harga biasa, RM588. Siapa cepat dia dapat. Nak beli boleh klik kat sini.

Image Via : superdeals.com.my

KATALAKI: Silap-silap lepas ni dapat six-pack boleh tunjuk kat kawan-kawan.

SuperDeals

Last modified: 22 November 2019