Cara Send Gambar Di Whatsapp Supaya Tak Pecah

Tech

Bila hantar gambar guna Whatsapp je mesti gambar jadi pecah & tak secantik kita tengok dekat galeri. Jangan risau sebab hari ni kitrang nak share-kan satu tip bila korang send gambar guna Whatsapp, gambar korang still cantik dan tak pecah.

Korang cuma perlu ikut je step dekat bawah ni :

  • Buka aplikasi Whatsapp
  • Pergi dekat bahagian bawah dan klik dekat simbol paper clip (attachment).
  • Lepas tu pilih Document. Korang jangan pilih Gallery pulak ye.
  • Pilih gambar yang korang nak hantar.
  • Dah siap pilih, korang klik send. SIAP!

 

 

Berbeza pula kalau di peranti iOS. Steps untuk hantar gambar atau video dengan resolusi tinggi lebih rumit berbandingkan di peranti Android.

Untuk penguna iOS. Ikut langkah-langkah seperti di bawah :

  • Buka Photos (Camera Roll).
  • Pilih gambar yang korang nak send.
  • Pilih option Save to Files
  • Pilih folder yang terdapat disitu, paling senang save je dalam folder GarageBand atau apa-apa folder yang dah tersedia disitu.
  • Di bahagian message Whatsapp. pilih Document.
  • Cari semula folder yang korang save gambar/video seperti langkah no.4 tadi.
  • Click send. Settle!

 

 

Saiz fail maksimum yang dibenarkan untuk korang send ialah 100 MB.

Senang je kan?. Mesti korang tertanya kenapa pilih Document dan bukan Gallery kan?. Sebab bila korang pilih Document, gambar yang korang send tu akan mengekalkan resolusi yang asal.

Berbeza bila korang send guna Gallery, gambar yang korang send akan dikecilkan resolusi dia secara automatik oleh Whatsapp menyebabkan detail yang terdapat pada gambar tersebut akan kelihatan kabur ataupun pecah.

Disebabkan Whatsapp adalah aplikasi yang selalu orang ramai guna untuk menghantar gambar, cara yang kitorang kongsikan ini mungkin berguna untuk korang.

'Send As Document' bukan 'Photo' – Konfem gambar HD 👌🏼 #lelakimarhaen

Posted by THELAKI on Tuesday, October 23, 2018

 

KATALAKI: Lepas ni bolehlah send selfie yang cun sikit dekat awek kan?

Last modified: 24 October 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *