Bagi mereka yang berangan nak jadi seorang gaming streamer mahupun seorang youtuber, mesti ada dikalangan korang yang teringin nak setup green screen korang sendiri bagi mencantikan dan mengemaskan lagi video korangkan?

Image Via: https://www.elegantthemes.com
Tapi apakan daya bila tengok setup–setup streamer dan youtuber yang popular, korang rasa macam mahal pula nak setup green screen sendiri. Jangan risau sebab hari ini aku akan share dengan korang cara nak setup green screen paling mudah dan paling murah untuk korang.
TEMPAT

Image Via: https://www.wikihow.com
First sekali korang kena cari tempat yang sesuai untuk korang letakkan green screen. Pastikan tempat atau dinding yang korang pilih rata dan tak ada apa-apa barang dekat dinding tersebut. Kalau korang nak cuma gunakan green screen untuk gaming streaming, korang tak perlukan tempat yang besar pun.

Image Via: https://www.wikihow.com
Kemudian pastikan kawasan yang korang pilih tadi cukup dia punya cahaya sebab kawasan yang korang pilih terlalu gelap, agak susah untuk korang setup korang punya green screen. Bagi meratakan cahaya dekat tempat korang pilih, aku syorkan korang beli beberapa lighting stand yang murah-murah. Korang boleh try usya dekat SINI.
GREEN SCREEN

Image Via: https://www.wikihow.com
Selepas korang dan pilih tempat yang sesuai, sekarang ini korang kena beli green screen pula. Untuk green screen ini sebenarnya cukup korang dapatkan kain yang berwarna hijau sahaja. Nak lagi jimat korang cuba cari construction paper yang berwarna hijau neon.
Construction paper ini sebenarnya kertas yang korang selalu guna masa dekat dulu untuk buat folio tu lah. Tapi kalau tak ada, korang cuma perlu beli kain ela yang dorang jual untuk buat langsir ataupun baju itu saja. Paling murah korang boleh dapat dekat Lazada dalam lingkungan RM20 sahaja. Klik SINI kalau nak beli.
SETUP

Image Via: https://www.wikihow.com
Untuk setup korang punya green screen, korang ada beberapa pilihan. Korang boleh pakukan kain green screen tadi dekat dinding korang ataupun kalau rumah korang ada rule tak boleh tebuk dinding, korang boleh gunakan double side tape untuk tampal sahaja green screen dekat dinding korang.
Lepas dah tampal green screen, korang pastikan lighting korang kena rata dekat green screen korang supaya effect dia nanti tak ada tompok-tompok dan nampak lagi kemas. Dekat sinilah korang pastikan lighting stand korang berada betul dekat tempat dia. Paling ngam kalau korang boleh dapatkan dua lighting stand dan letak satu dekat kanan dan kiri.
SOFTWARE

Image Via: https://www.wikihow.com
Ok selepas korang dah siap setup semua, sekarang korang kena ada software pula untuk dapatkan effect green screen tadi. Software paling senang dan percuma bagi aku adalah software OBS. Korang boleh download software OBS (Open Broadcaster Software) dekat SINI untuk Windows ataupun MacOS.
Untuk setup OBS, korang cuma perlu ikut step yang aku bagi dekat bawah ini:
- Buka OBS dan klik simbol + dekat bahagian Source.
- Lepas dah klik, korang cari dan pilih Video Source.
- Selepas itu korang dah pilih, right click dekat Video Source tadi dan pilih Filter.
- Di bawah bahagian Effect Filter, korang click simbol + dan cari Chroma Key.
- SETTLE!
TIPS

Image Via: https://www.premiumbeat.com
Untuk bagi effect green screen korang lagi nampak kemas, pastikan tiada bayang-bayang dibahagian belakang object. Tak dilupakan untuk jauhkan sedikit object daripada green screen supaya korang dapat kurangkan bayang-bayang dekat bahagian belakang object.

Image Via: https://www.wikihow.com
Korang kena pastikan korang tak pakai benda-benda yang boleh reflect seperti barang kemas ataupun kaca sebab nanti OBS korang akan detect benda tersebut dan effect green korang akan jadi buruk. Paling penting sekali adalah jangan pakai baju ataupun seluar berwarna hijau sebab nanti badan dan kaki korang akan hilang daripada video hahaha!
KATALAKI: Semoga korang jadi seorang streamer dan Youtuber yang paling femes dekat Malaysia hahaha!