Cara Tengok Netflix Beramai Ketika Perintah Kawalan

Tech, ZAP, ZeKool

Siapa kata bila berada dalam situasi dimana kita berkurung di rumah, apabila Kerajaan Malaysia menyarankan kita untuk duduk di rumah, stay at home. Maka segala aktiviti yang kita nak buat ataupun aktiviti kebiasaan yang kita.

Sudah tentu bila kita semua sudah sedia maklum tentang penambahan hari Perintah Kawalan Pergerakan yang di extend lagi 2 minggu yang dilanjutkan sehingga 14 April ini, ramai daripada kita seharusnya akur dengan pelanjutan tempoh tersebut untuk sama-sama kita membantu kerajaan serta frontliners yang membanting tulang di pusat kesihatan dan Hospital agar kita dapat mengurangkan dan menurunkan kadar kes Covid-19 yang merebak di negara kita ini.

But secara realitinya, real talk. Bila dah duduk rumah ni confirm ramai yang “pishang”, mengeluh sebab tak dapat keluar, lagi-lagi kalau korang jenis yang suka melepak dengan member dekat kedai mamak sampai dua tiga jam. Kadang-kadang lepak borak, atau kadang-kadang korang jugak ada yang sejenis lepak rumah member layan Netflix. Betul tak?

Tapi kita semua bernasib baik sebab kita hidup di zaman yang serba modern dan dilengkapkan ciri-ciri jalur lebar yang membolehkan kita berhubung dengan sesiapa saja. Termasuklah juga kalau nak menonton Netflix sama-sama. Ya, siapa kata korang tak boleh layan siri atau filem terbaharu di Netflix dengan member?

Walaupun kita mengikat perintah saranan Kerjaan untuk Dengan adanya sebuah extension yang dikenali sebagai Netflix Party, ianya memudahkan kita semua untuk menganjurkan watch party di Netflix.

Netflix Party merupakan plug-in percuma untuk Google Chrome yang memboleh penguna synchronize filem atau siri yang sedang ditonton di Netflix dengan beberapa lagi penguna yang memiliki akaun Netflix. Jadi jika korang pause video yang sedang ditonton tersebut, maka penguna yang sedang menonton bersama korang jugak akan pause secara automatically di screen yang mereka.

Extension Netflix Party Google Chrome ini juga dilengkapkan dengan message bar di bahagian tepi screen video untuk membolehkan korang berchatting sambil menonton bersama member-member korang sambil menonton filem atau siri di Netflix. Jadi dengan ciri-ciri ini, korang boleh la bersembang tentang plot filem atau siri yang korang tengah tengok atau nak discuss cerita apa yang korang nak tengok lepas ni.

Untuk extension ini pula, ada yang best dan ada jugak yang tak best. Yang bestnya adalah korang boleh setup filem atau siri yang korang nak tengok itu dengan mengajak lebih daripada 10 orang, setakat ini tiada lagi limit yang dikenakan untuk menonton bersama member-member korang asalkan mereka juga mempunyai akaun Netflix, korang hanya perlu share link untuk ke filem atau siri yang ditonton tersebut, link tersebut boleh didapati melalui extension Netflix Party yang telah di install pada Google Chrome korang. 

Okay yang tak best pulak apa? Yang tak best pula adalah Netflix Party ini hanya untuk penguna yang mengunakan Google Chrome di laptop atau computer. Manakala filem atau siri Netflix yang sedang ditonton itu tak boleh setkan pada full screen.

MACAM MANA NAK INSTALL? 

Image via: Thelaki.com.my

Senang je, hanya pergi ke NetflixParty.com, dan tekan “Get Netflix Party for free!” dan ianya akan membawa korang ke lama web rasmi extension Google Chrome tersebut. Install sama seperti bagaimana korang install extension. Selepas install extention Netflix Party, korang hanya perlu pergi ke Netflix.com dan pilih filem atau siri yang korang nak tonton dengan member itu. Buka page filem atau siri tersebut, sebelum korang play, pastikan korang klik logo NP yang terdapat pada sebelum addressbar. Netflix Party akan generate link untuk korang kongsikan dengan member-member. Pastikan juga member-member korang pun ada extension Netflix Party di Google Chrome mereka jugak.

KATALAKI: Nasib baik kita di zaman yang memudahkan kita walaupun dalam keadaan Social Distancing…

Last modified: 26 March 2020