Cara Terbaik Elak Microsleep!

Sembang

Kitorang pasti, sejak kebelakangan ni mesti korang pernah terdengar perkataan “Microsleep” atau terjemahan dalam bahasa melayu, “Tidur Mikro”. Bukan, bukan Microsoft tapi “MICROSLEEP”. Sebenarnya kalau korang pernah dengar tapi tak pernah nak ambil tahu, adalah agak bahaya juga. Sebab “Microsleep” adalah perkara yang patut kita ambil serious dan bukan buat main-main.

Apa tu Microsleep?

Microsleep adalah perlakuan seperti tidur atau nap yang tidak disengajakan dan tidak dapat dikawal samada dalam bentuk pandangan kosong. Ianya adalah perasaan untuk terlelap secara tiba-tiba selama beberapa saat. Segala deria penglihatan mahupun pendengaran yang ada pada korang jugak akan ‘shut down ‘ secara automatik dalam tempoh 2 hingga 30 saat.

Ianya seperti dimana korang sedang memandu kereta atau motor dan tiba-tiba korang akan rasa nak terlelap kejap. Tau-tau je bila korang tersedar, korang dah sikit lagi nak langgar kenderaan kat depan. Mesti korang pernah rasa benda ni.

Microsleep Terjadi Sebab?

Microsleep terjadi disebabkan oleh kepenatan tetapi masih lagi mahu terus berjaga. Ianya akan terjadi apabila seseorang itu memandu secara jarak jauh ataupun menggunakan komputer dalam jangka masa yang panjang. Microsleep juga terjadi apabila seseorang melakukan aktiviti berbentuk monotonous seperti memandu di jalan yang lurus.

Microsleep juga boleh terjadi kepada mereka yang kurang tidur, depress atau secara psikologinya penat. Jika seseorang itu tidak mendapat waktu rehat dan tidur yang cukup, chances untuk mendapat Microsleep adalah tinggi. Terutama sekali apabila kita memasuki fasa musim perayaan ini, sudah tentunya ramai yang akan memandu untuk pulang ke kampung.

Bahaya Microsleep

Yang paling bahaya tentang Microsleep ini adalah apabila seseorang untuk sedang memandu dalam tempoh yang lama pada jarak yang jauh dan lurus. Ini akan mengakibatkan terjadinya perlakuan untuk tidur secara tidak sengaja dan ianya sudah tentu akan mengakibatkan kemalangan ataupun hampir kemalangan.

Menurut sumber yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, 55% pemandu memandu dalam keadaan mengantuk dan 23% mengaku pernah tertidur ketika memandu.

Cara Elak Microsleep?

Cara yang paling baik dan efektif untuk mengelakkan Microsleep sudah tentunya dengan mendapatkan rehat dan waktu tidur yang secukupnya. Tetapi salah satu cara yang paling terbaik untuk melawan Microsleep adalah dengan Powernap.

Apa itu Powernap?

Powernap ni pulak adalah aktiviti rehat tidur antara 15-30 minit. Dengan melakukan Powernap, ianya dalam mengembalikan semula ketajaman minda serta physical performance seseorang. Selalunya waktu yang disarankan itu melakukan Powernap ini adalah pada waktu tengahari.

Kajian mendapati dengan mendapatkan waktu tidur sekejap seperti Powernap ini adalah sangat baik untuk minda dan juga daripada segi emosi serta kestablian fizikal. Kajian sains turut menyarankan tempoh terbaik untuk melakukan Powernap adalah dalam masa 15-20 sahaja.

Jangan ambil Powernap dalam masa yang terlalu lama kerana menurut kajian, tidur lebih lama pada waktu tengahari boleh mengakibatkan otak lebih lambat untuk process. Dalam erti kata lain, “otak tak empuk” lah.

Sekali lagi Thelaki nak mengingatkan korang semua untuk dapatkan waktu rehat dan tidur yang secukupnya. Terutama sekali apabila kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi. Pastikan korang dalam keadaan yang sihat, peka serta bagus untuk memandu pulang ke kampung.

KATALAKI: Tertidur 2 saat tahu-tahu je dah kat hospital. Bahaya worrrrr……

Nobody:

Me:

Last modified: 25 May 2019