Cara Terbaik Nak Work From Home

Sembang, ZAP, ZeKool

Disebabkan dengan wabak coronavirus atau kini lebih dikenali dengan nama Covid-19 yang semakin merebak dan berleluasa di lebih daripada 115 negara. Kebanyakkan syarikat-syarikat besar mahupun bersaiz kecil telah mengambil langkah keselamatan bagi membantu membendung wabak ini daripada dijangkiti pekerja-pekerja dengan inisiatif seperti meletakkan hand sanitizers di kawasan pejabat, memeriksa suhu badan pekerja yang masuk ke pejabat dan antara inisiatif yang disukai ramai pekerja adalah diberikan kebenaran untuk bekerja dari rumah atau work from home.

Syarikat gergasi global, Google menerusi syarikat besarnya Alphabet telah membenarkan pekerja-pekerja untuk work from home sebagai langkah-langkah untuk mengurangkan penyebaran potensi coronavirus buat pekerja-pekerjanya yang berada di Amerika Utara. Kini jumlah pekerja yang pekerja dari rumah meningkat melibatkan hampir 100,000 pekerja dari 11 pejabat yang berada di Amerika Syarikat dan Kanada. Syarikat Alphabet adalah syarikat terbaharu yang mengumumkan inisiatif tersebut selepas sebanyak 1,000 kes Covid-19 mendadak dan meningkat naik di Amerika Syarikat.

Selain Google, terdapat juga syarikat-syarikat tech yang lain seperti Facebook, Amazon, Apple dan Microsoft yang menyarankan pekerja-pekerja untuk bekerja dari rumah.

Tipu la kalau ada yang tidak suka program work from home yang disediakan oleh majikan. Mungkin ada juga yang lebih sukakan suasana pekerja di pejabat kerana ianya akan membuatkan mereka lebih produktif dan tidak menangguhkan kerja-kerja yang ada. Maka dengan itu, harini Thelaki nak berikan tips yang berguna untuk korang yang terpaksa bekerja dari rumah. Jom ikut cara-cara ini.

IKUT JADUAL

Bekerja dari rumah ini mungkin cara yang menjimatkan masa pekerja tanpa perlu menghabiskan masa untuk berulang alik ke pejabat. Walaupun kita diberikan kebenaran untuk pekerja dari rumah atau dimana saja lokasi yang kita rasakan selamat dan jauh daripada jangkitan apa-apa virus sekali pun ianya bukan penyebab untuk pekerja bekerja pada waktu yang sesuka hati. Jika pekerjaan tersebut memerlukan komunikasi antara satu sama lain, maka lebih elok dan lebih cekap jika korang membuat kerja mengikut jadual seperti di berada pejabat juga, mengambil waktu rehat yang sama, lunchbreak seperti di pejabat dan menghabiskan kerja-kerja mengikut waktu kerja yang sepatutnya. Membuat kerja dengan jadual seperti di pejabat ini dapat membantu melakukan pekerjaan itu dengan lebih efficient dan korang akan jadi lebih responsive kepada workload yang ada. Ianya akan menjadi routine yang dapat membantu korang.

PAKAI MACAM PERGI KERJA

Memang la dah nama pun work from home tapi tak semestikan korang kena berpakaian selekeh atau hanya seluar pendek dan tshirt bundle lusuh. Untuk dapatkan feel dan semangat untuk melakukan kerja-kerja pejabat di rumah, lebih elok kalau korang berpakaian macam nak pergi office jugak dengan cara ini membantu badan react kepada perkara yang korang akan lakukan. Kalau pakai baju tidur tapi work from home, jadi badan korang pun takde feel nak buat kerja. Betul tak?

WORK AREA KAT RUMAH

Antara perkara yang penting bila kita work from home, kita kena sediakan ruang yang selesa untuk kita buat kerja. Kalau boleh, cuba cari tempat atau ruang yang nice untuk korang jadikan ianya seperti tempat untuk buat kerja, sediakan meja khas untuk korang buat kerja. Dengan adanya ruang khas untuk membuat kerja, ianya dapat mengurang atau menghapuskan gangguan dan memberikan perasaan seperti datang ke pejabat setiap hari. Antara benda yang paling mencabar sekali bila work from home ini adalah apabila kita berada di ruang yang sama dengan TV mahupun katil berbekalkan bantal yang empuk. Jika rumah ada family atau kawan-kawan, cuba jauhkan diri daripada mereka sekejap supaya mereka juga tahu korang tengah bekerja. Paling penting sekali, ruang work area itu jangan ada gangguan yang boleh melalaikan daripada melakukan kerja yang sepatutnya korang lakukan.

BUAT TO DO LIST

Untuk menjadikan pekerjaan work from home lebih efficient supaya korang tidak ada kerja-kerja yang ditangguhkan, korang boleh juga buat to do list. Dengan adanya senarai perkara-perkara yang korang kena buat untuk hari itu, ianya juga akan membolehkan korang keep track dengan apa yang ingin dicapaikan pada hari bekerja tersebut. Korang juga akan lebih fokus untuk lakukan kerja dari rumah ini. Dengan kekurang daya fokus, ianya akan menyukarkan apa yang korang perlu lakukan pada hari itu dan kerja-kerja pula akan jadi banyak yang tertangguh.

KATALAKI: Semoga kita semua work from home tanpa sebarang gangguan. Jangan korang pergi lepak kat shopping mall pulak

Last modified: 14 March 2020