Cara Terbaik Untuk Harimau Malaya Layak Ke Piala Dunia 2022

Aktif, Bola

Semalam, 17 Julai 2019, undian perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 dah pun ditentukan di AFC House, Kuala Lumpur. Ini bermakna negara mana yang akan bertemu dengan Harimau Malaya nanti pun dah confirmed.

Harimau Malaya diundi dalam kumpulan G bersama dengan pasukan gergasi Asia yang lain antaranya UAE, Vietnam, Thailand dan Indonesia. Kumpulan G ni boleh dikira kumpulan maut gak. Semuanya pasukan yang gempak-gempak. Tapi ada gak untungnya Harimau Malaya diundi dalam kumpulan G sebab hanya perlawanan di UAE je yang memerlukan pasukan Harimau Malaya untuk travel jauh. Perlawanan di Vietnam, Thailand dan Indonesia dah tentu sekali ekor Harimau Malaya akan awayday!

Untuk info, Thailand baru je secara rasmi melantik ketua jurulatih baru, Akira Nishino yang sebelum ni pernah membimbing pasukan Jepun bertanding di Piala Dunia 2018 sehingga ke peringkat Round of 16.

Perlawanan pertama Harimau Malaya akan bermula pada 5 September 2019 bertemu dengan pasukan Indonesia. Ini jadual penuh perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 untuk Harimau Malaya.

Ini komen daripada ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe selepas Malaysia diundi bersama UAE, Vietnam, Thailand dan Indonesia dalam kumpulan G.

Cara Terbaik Untuk Harimau Malaya Layak Ke Piala Dunia 2022

Perjalanan Harimau Malaya untuk layak ke Piala Dunia 2022 masih lagi jauh sebenarnya sebab 12 pasukan yang berjaya lepas pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 akan diundi sekali lagi untuk bertemu di perlawanan kelayakan pusingan ketiga.

Memang betul kata Tan Cheng Hoe, Harimau Malaya sekurang-kurangnya kena jadi naib juara kumpulan G untuk layak ke pusingan ketiga. Tu je cara terbaik untuk Harimau Malaya layak ke Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023.

Pusingan Ketiga

8 pasukan yang berjaya jadi juara dan 4 pasukan yang berjaya jadi naib juara untuk setiap kumpulan dalam perlawanan pusingan kedua akan layak terus untuk bersaing di Piala Asia 2023 dan layak bertanding di perlawanan pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022.

Di pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022, 12 pasukan akan diundi untuk membentuk dua kumpulan, 6 pasukan untuk setiap kumpulan. Dua pasukan yang berjaya kumpul mata paling banyak dalam setiap kumpulan akan layak terus ke Piala Dunia 2022.

Pasukan yang berada di tempat ketiga dalam setiap kumpulan pula akan bertemu sesama sendiri untuk merebut tempat ke perlawanan play-off dan bertemu dengan pasukan daripada konfederasi CONCACAF, CONMEBOL dan OFC untuk layak ke Piala Dunia 2022.

KATALAKI: Qatar merupakan tuan rumah untuk Piala Dunia 2022 dan China merupakan tuan rumah untuk Piala Asia 2023. Ini bermakna Qatar hanya bertanding dalam perlawanan kelayakan untuk layak ke Piala Asia 2023 dan China hanya bertanding untuk layak ke Piala Dunia 2022.

Last modified: 18 July 2019