Cara² Untuk Upskill Diri Mengunakan Youtube!

Sembang

Antara perkara-perkara yang boleh dikatakan sebagai advantage atau kelebihan buat kita semua pada zaman 2019 ini adalah segala informasi yang kita inginkan tidak mustahil. Senang citer semua benda di hujung jari kita je lah kan.

Sebagai contoh, kalau korang nak belajar apa saja seperti memasak, bermain alat muzik atau apa saja yang boleh bantu untuk naikkan skill set korang. Semua benda-benda tu tak mustahil pun dengan adanya kuasa Internet yang laju serta Youtube.

Tahukah korang yang laman web Youtube dah ada lebih daripada 1 Billion users. Dan tak mustahil jugak yang kita sebenarnya boleh belajar bermacam-macam cara yang aku cakap tadi tu hanya dengan menonton video di Youtube.   

Harini aku nak share dengan korang 5 video yang aku rasa berguna untuk kita semua belajar. Kalau tak nak praktikkan pun tak mengapa, atleast korang dah dapat pick-up sedikit sebanyak cara-caranya.

Setelah berkhidmat bersama FBI selama 25 tahun, bekas agent FBI, Joe Navarro kongsikan cara-cara untuk membaca bahasa tubuh seseorang. Daripada mata, hidung, mulut, tangan sampai ke kaki seseorang, Joe kongsikan bagaimana cara kita lihat dan baca bahasa tubuh. Dengan cara ini dan tingkah laku bahasa tubuh yang dapat dibaca, kita boleh tahu apa yang tersirat dalam fikiran seseorang.

Ini antara video yang aku suka, sebab kita boleh belajar cara etika bagaimana nak makan di dining table. Daripada cara paling basic hingga ke cara untuk hormat dimeja makan. Yang baguih dengan tips daripada Youtube channel Table Manners ni kita dapat belajar untuk elakkan daripada memalukan diri semasa menjamu selera di meja makan secara formal.

Kalau tadi kita dah belajar cara etika yang betul untuk makan di dining table. Satu lagi video aku nak kongsikan kat sini adalah cara-cara yang betul untuk makan Sushi. Cara ini diajar oleh Chef Sushi terkenal; Naomichi Yasuda. Tapi apa yang tak betulnya cara kita makan sebelum ni? Chef Yasuda kongsikan apa yang patut korang try dan cara yang terbaik untuk korang nikmati Sushi. Yang aku suka tu bila tengok cara dia roll Sushi dia tu. Pergh!

Pelik kan tiba-tiba kat Youtube ada video macam ni? Tapi ini la aku rasa video yang amat membantu kita jugak. Kalau kita pergi ke kelas vokal, mungkin akan makan masa kita untuk belajar teknik dan cara yang lebih mendalam. Tapi kalau korang nak tahu cara basic untuk menyanyi apa saja lagu. Aku sarankan korang tengok video ni lah.

Nak belajar macam mana nak memasak kan? Apa kata korang tengok video ni dulu. Cara-cara untuk memasak nasik. Selalunya kita akan belajar masak nasi dengan ibu bapa, kakak, adik atau kawan-kawan kita yang terrer masak kan? Tapi apa salahnya kita tengok video daripada pakar memasak. Video ni ajar korang tips terbaik dan cara untuk masak 3 jenis nasi. Yang aku paling suka cara dia edit video ni untuk feel lebih interaktif dan tak boring untuk kita menonton dan belajar.

KATALAKI: Dah terrer memasak nanti boleh try pulak resepi-resepi Khairul Aming gais

Last modified: 4 June 2019