Beli Barang Online Menggunakan Gambar Saja?

Tech

Lazada baru saja memperkenalkan fungsi terbaru iaitu Image Search yang terdapat pada aplikasinya. Dengan menggunakan aplikasi ini, korang cuma perlu menangkap gambar produk yang korang nak beli dan aplikasi Lazada akan search produk tersebut didalam Lazada Store.

Dibawah ni kitorang kongsikan cara untuk gunakan Image Search di smartphone korang:

 

 

  • Buka aplikasi Lazada di smartphone
  • Klik ikon SCAN pada bahagian kiri atas
  • Tangkap gambar produk yang korang pilih
  • Aplikasi Lazada akan mencari akan cadangkan produk yang korang cari berserta harga

Korang juga boleh pilih gambar yang terdapat pada galeri smartphone korang untuk mencari produk menggunakan Image Search ini. Aplikasi ini juga boleh digunakan untuk imbas QR Code yang mana akan membawa korang ke promosi ataupun terus ke iklan produk tersebut.

KATALAKI: Image Search ni untuk produk saja, jangan korang masukkan gambar awek sebab nak tahu berapa hantaran kawin pulak ye!

SUMBER: Pokde.Net

Last modified: 16 October 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *