Cari Duit Lebih Dengan GoGet Apps!

Life x Tips, Sembang

Korang takda masa nak pergi pejabat pos nak pos barang? Korang tengah kurang staff dan perlukan pekerja part-time secepat mungkin? Nak pergi beli barang dapur tapi malas nak keluar dari rumah? Hah! hari ni kitorang nak share dengan korang satu app yang mungkin boleh bantu korang.

GoGet merupakan satu aplikasi yang menghubungkan korang dengan orang yang boleh membantu korang selesaikan tugas-tugas yang macam aku bagi tahu tadi.

GoGet ni bukan saja diwujudkan untuk mereka yang takda masa dan sibuk, tapi untuk mereka yang nak mencari duit lebih jugak. Korang jugak boleh buat part-time dengan app GoGet ni! Alah lebih kurang macam Grab lah. Korang boleh pilih untuk jadi Poster or nak jadi GoGetters.

Poster adalah orang yang request job. Contohnya kalau aku nak mintak orang tolong aku belikan makanan dan aku guna app ni, aku akan dikira sebagai Poster lah.

Korang boleh pilih jenis servis yang korang nak gunakan. Antara servis yang korang boleh pilih adalah seperti Dispatch untuk pengambilan dan penghantaran barang, Helper kalau korang perlukan staff or part-timer dalam masa yang singkat, Food kalau korang malas nak keluar beli makanan dan Shopping kalau perlukan orang beli barang untuk korang dekat supermarket or pasar.

Bagi korang yang nak cari duit lebih pulak, Korang boleh apply untuk jadi GoGetters. Cara nak apply jadi GoGetter ni pun senang je. Korang ikut je step dekat bawah ni:

  • Pergi ke goget.my
  • Log in menggunakan email ataupun Facebook.
  • Klik pada bannerEarn extra Income
  • Done!

Untuk menjadi seorang GoGetter, Korang haruslah boleh berkomunikasi dalam bahasa inggeris dan mempunyai smartphone dengan internet line. Tak lupa juga korang perlu ada akaun internet banking dari mana-mana bank di Malaysia.

Selepas korang dah mendaftar sebagai GoGetter, korang perlu menjalani latihan selama 2 jam di training location dorang. Kalau korang berada disekitar lembah klang korang boleh pergi ke Menara KEN TTDI, Ara Damansara hinggalah ke Cyberjaya. Dorang juga ada 2 tempat training buat GoGetter yang berada di Penang dan Johor Bahru.

Fee untuk ambik training ni adalah RM15 sahaja. Untuk maklumat lanjut korang boleh klik SINI untuk tahu lebih lanjut tentang GoGet.

KATALAKI: Zaman sekarang ni, memang kene buat 2-3 kerja kalau nak cari duit lebih bro.

Last modified: 9 November 2018