Cari Makanan Popular Guna Google Maps

Tech

Selang beberapa minggu selepas kategori “popular dishes” yang dapat diperlihatkan buat beberapa penguna. Aplikasi Google Maps kini telah pun melancarkan sebuah lagi feature terbaharu di aplikasi mereka yang membolehkan penguna mencari tempat makan dengan menu yang paling disukai ramai.

Feature aplikasi terbaharu di Google Maps itu dikatakan mengunakan system AI untuk menyenaraikan makanan-makanan yang paling popular terdapat di setiap restaurant yang boleh dijumpai.

Google Maps bukan saja aplikasi navigasi tetapi aplikasi tersebut mampu mencari lokasi tempat berkunjung tempatan mengikut kategori-kategori yang telah ditetapkan. System terbaharu melalui aplikasi Google Maps ini tentunya memberikan pengalaman yang lebih menyeluruh dan besar buat para penguna dengan adanya fungsi untuk reviews, ratings serta carian gambar.

Dalam feature terbaharu Google Maps ini. Penguna bukan saja boleh terus cari lokasi tempat menarik, tetapi disertakan juga review & rating lokasi tersebut. Dan yang paling menariknya, tersedia juga senarai menu yang terdapat di restaurant pilihan penguna.

Hidangan popular yang terdapat di sesebuah restaurant kini boleh dilihat pada senarai restaurant di Google Maps. Tabmenu’ juga telah diperkenalkan untuk menyenaraikan hidangan yang paling popular terdapat di restaurant selain review serta gambar yang dikongsikan oleh penguna lain.

Yang menarik sekali, dengan mengunakan AI dan Machine Learning. Feature terbaharu Google Maps ini juga akan translate review dan senarai yang terdapat mengikut bahasa pilihan penguna.

Google mengatakan mereka mengalakkan lagi penguna aplikasi tersebut untuk kongsikan review, gambar dan apa saja tentang destinasi yang telah mereka kunjungi untuk membantu para penguna Google Maps yang lain.

KATALAKI: Google pun dah start pakai AI dah. Hhhmmm…

Last modified: 1 June 2019