Carlos Kaiser, Pemain Bola Yang Tak Pernah Main Bola

Aktif, Bola

Carlos Henrique Raposo atau juga dikenali sebagai Carlos Kaiser merupakan bekas pemain bola sepak Brazil pada zaman 80an dan 90an yang berjaya menipu beberapa individu sehingga diangkat sebagai salah seorang pemain bola sepak terkenal di Brazil.

Dikatakan pernah beraksi bersama pasukan ternama di Brazil antaranya Flamengo, Fluminense dan Vasco da Gama, Carlos Kaiser akan memberikan alasan kecederaan untuk mengelakkan dirinya daripada terlibat dalam sebarang perlawanan bola sepak. Salah satu cara yang kerap digunakan oleh Carlos Kaiser adalah dengan memastikan dirinya cedera dalam sesi latihan yang pertama selepas selesai sign kontrak bersama pasukan baru. Penipuan Carlos Kaiser disertakan sekali dengan rasuah yang diberi kepada penyokong untuk menjerit dan memanggil namanya apabila pemilik pasukan datang ke sesi latihan, membayar pemain-pemain muda untuk melakukan terjahan keras kepada dirinya supaya dapat lari daripada sesi latihan dan mengupah beberapa wartawan untuk menjual namanya di akhbar dan majalah.

Selain tu, Carlos Kaiser juga mempunyai cable atau rangkaian sahabat yang terdiri daripada beberapa pemain bola sepak ternama di Brazil antaranya Carlos Alberto Torres dan Renato Gaucho untuk memastikan dirinya berada di dalam golongan pemain bola sepak Brazil yang popular. Gaya hidup superstar, parti liar dan seks antara objektif utama yang dikejar oleh Carlos Kaiser sepanjang digelar pemain bola sepak walaupun tak pernah langsung beraksi dalam perlawanan kompetitif bersama pasukan yang disertainya. Korang pernah tengok filem Catch Me If You Can yang menceritakan tentang Frank Abagnale lakonan Leonardo DiCaprio? Carlos Kaiser ni versi bola sepak. Menipu je kerjanya.

Kesahihan mengenai kisah Carlos Kaiser ni pun menimbulkan tanda tanya. Betul ke penipuan Carlos Kaiser ni pernah terjadi. Wujud ke Carlos Kaiser ni. Individu sebenar yang memegang nama Carlos Kaiser pernah ditemu bual beberapa kali dan mengakui kisah penipuan Carlos Kaiser dalam bidang bola sepak memang betul-betul terjadi.

Tak cukup dengan tu. Sebuah filem dokumentari yang diberi tajuk, “Kaiser! The Greatest Footballer Never to Play Football” menampilkan Carlos Kaiser bersama beberapa bekas pemain bola sepak Brazil dan individu yang kenal siapa Carlos Kaiser pernah ditayangkan pada tahun 2018.

KATALAKI: Kuat sembang sampai boleh jadi legend

Last modified: 11 March 2020