Cat Shrine – Temple Untuk Kucing?

Sembang

Dalam ramai-ramai followers Thelaki, ada tak yang memang suka gila bela kucing? Kalau ada, aku nak share dengan korang satu tempat yang wajib orang yang minat bela kucing untuk kunjungi! Tempat ini dinamakan sebagai Nyan Nyan Ji ataupun dalam Bahasa Inggeris bermaksud Meow Meow Temple!

Nyan Nyan Ji ini terletak di Kyoto, Japan dan seperti namanya, temple ini menempatkan banyak kucing yang mana juga bertugas sebagai Monk ataupun sami di temple tersebut. Di Nyan Nyan Ji, terdapat seekor kucing yang sangat terkenal iaitu Koyuki. Owner untuk tempat Nyan Nyan Ji ini menyatakan Koyuki sangat gemar duduk bersama-sama pengunjung dan sangat jinak.

Koyuki yang bertindak sebagai head monk di Nyan Nyan Ji ini turut ditemani oleh kucing-kucing lain. Antara kucing lain yang juga merupakan monk seperti Koyuki adalah Waka, Chin, Aruji, Ren, Konatsu dan juga Chicchi. Setiap cat monk ini juga mempunyai pembantu mereka sendiri yang mana merupakan seekor kucing juga!

Temple ini dikatakan telah dibuka oleh Toru Kaya, seorang pengecat temple dan shrine terkenal. Menurut owner Nyan Nyan Ji, temple ini telah dibuka sejak dahulu lagi dan Koyuki sebenarnya merupakan generasi ketiga yang diangkat menjadi head monk di temple ini.

Image Via: https://shout.sg

Di Nyan Nyan Ji, bukan sahaja terdapat cat temple sahaja tapi pengunjung juga berpeluang untuk berehat sebentar di Cat Cafe. Dan seperti di Cat Cafe yang lain, korang juga boleh makan sambil ditemani oleh kucing-kucing yang comel dan juga memesan makanan yang mempunyai tema kucing-kucing yang comel!

Selain dari Nyan Nyan Ji, korang juga boleh pergi ke Gotokuji Temple ataupun nama lainnya adalah Lucky Cat Temple yang terletak di Tokyo. Tempat ini juga dikatakan tempat terciptanya Manekineko ataupun Luck-Inviting Cat Figurine. Alah korang mesti pernah nampak patut kucing yang tangan dia sebelah gerak-gerakkan? Hah itulah dia Maneki-Neko. Ramai orang jepun yang percaya patung kucing ini membawa tuah kepada mereka.

Ada yang mengatakan, pada abad ke-17, Li Naotaka yang merupakan Lord kedua untuk OmiHikone domain telah berjaya melarikan diri setelah dia terperangkap dalam hujan ribut. Dia kemudiannya berteduh didalam sebuah temple yang usang dan didalam temple tersebut terdapat seekor kucing yang seakan-akan mempelawa dia untuk berehat dan berteduh disitu.

Sebagai satu tanda perhargaan, Naotaka telah membaiki temple tersebut dan menjadikan temple ini sebagai temple rasmi untuk Li Clan. Setelah Naotaka meninggal dunia, temple ini telah diubah nama menjadi Gotokuji, yang diambil dari salah satu nama yang digunakan oleh Buddha iaitu Kyushoin-den Gotokuten ei-daikoji.

Semenjak dari itu, temple ini telah dipenuhkan dengan lucky cat figurines yang mana telah didermakan oleh pengunjung-pengunjung temple ini. Pada hari ini, ramai pengunjung yang datang kesini kerana mereka percaya temple ini boleh memberikan tuah kepada mereka. Mereka juga akan menilik nasib untuk melihat nasib mereka bagus ataupun buruk pada masa akan datang.

Andaikata mereka menerima nasib yang buruk, mereka boleh mengikat kertas tilik mereka kepada dahan pokok yang terdapat dihadapan temple ini dan ini bertujuan untuk meninggalkan nasib buruk mereka disitu. Selalunya pengunjung akan membeli patung-patung lucky cat kemudian digunakan untuk sembahyang. Selepas itu mereka akan meninggalkan patung tersebut di Gotokuji Temple ini. Disebabkan itu bila korang datang kesini, korang akan nampak banyak patung-patung lucky cat yang diletakkan disekitar temple ini!

KATALAKI: Comelnye kucing Koyuki tu!

Last modified: 12 December 2019