Cer Teka Siapa Legend Bola Sepak Ni?

Aktif, Bola

Disebabkan sukan bola sepak antara sukan yang paling diminati di seluruh dunia, boleh dikatakan pemain bola sepak lah antara ahli sukan yang paling popular, paling berpengaruh dan paling dikenali ramai. Sama ada pemain bola sepak tu masih aktif bermain atau pun dah bersara, peminat bola sepak mesti boleh kenal pemain kesayangan masing-masing. Kali ni kami nak uji, korang kenal lagi tak legenda bola sepak yang sekarang ni dah semakin berusia. Tapi masih lagi macho brader. Jom kita cuba try test.

1) Legenda Itali

Pemain bola legend ni pernah bermain dengan satu pasukan je sepanjang kariernya dalam bola sepak iaitu AC Milan selama 24 tahun sejak tahun 1985. Pemain bola yang setia betul ni. Legend ni juga pernah menang 26 piala  termasuk lah juara liga Serie A, UEFA Champions League dan banyak lagi dalam 901 perlawanan bersama AC Milan. Korang kenal tak siapa?

Sekarang ni pegang jawatan pengarah pembangunan sukan dan strategi untuk AC Milan. Ini lah dia the legendary Paolo Maldini.

2) Legenda Netherlands

Legend yang ni mungkin korang senang nak kenal kot. Pernah beraksi bersama kelab-kelab ternama antaranya PSV Eindhoven, Manchester United dan Real Madrid, legend ni juga dah berjaya jaringkan 324 gol dalam 514 perlawanan bersama pasukan yang pernah diwakili sepanjang karier bola sepaknya. Korang ingat lagi betapa padunya penyudah pemain ni kalau depan gol?

Ruud van Nistelrooy sekarang ni masih lagi aktif dalam sukan bola sepak, bukan sebagai pemain tapi jurulatih untuk pasukan bawah 19 tahun PSV Eindhoven. Karier bola sepak Van Nistelrooy boleh dikira antara pemain bola sepak yang berjaya, dekat Manchester United dah jaringkan 150 gol dan Real Madrid 64 gol tapi malang sekali tak pernah menang UEFA Champions League.

3) Legenda Sweden

Fans Arsenal mesti kenal legend ni. Selama 9 tahun bermain dengan Arsenal sebagai pemain tengah dalam 325 perlawanan, legend ni dah pernah hadiahkan 8 piala untuk Arsenal termasuk lah juara Premier League. Yerr serius Arsenal memang pernah menang Premier League. Korang tak percaya ke? K gurau gurau. Jangan marah ye fans Arsenal. So, korang kenal tak siapa nama legend ni?

Freddie Ljungberg sekarang ni masih lagi menabur bakti bersama pasukan Arsenal sebagai ketua jurulatih untuk pasukan bawah 23 tahun. Freddie Ljungberg juga pernah bermain di liga Jepun dan India sebelum bersara sebagai pemain bola sepak.

4) Legenda Argentina

Haaa. Ni korang boleh teka siapa nama legend ni? Pemain legenda ni pernah beraksi selama 9 tahun bersama pasukan Fiorentina dalam Serie A Itali dan berjaya jaringkan 203 gol dalam 331 perlawanan. Lepas karier bola sepak yang berjaya bersama Fiorentina, legend ni berpindah ke kelab-kelab ternama Itali yang lain antaranya AS Roma dan Inter Milan. Dulu kalau korang ingat lagi, zaman game Winning Eleven, shooting skill untuk pemain legend ni mesti 99. Padu beb kalau pemain ni rembat bola. Korang dah dapat teka ke belum?

Tahun 2019 ni, Gabriel Batistuta dah berumur 50 tahun dan sekarang ni masih aktif dalam bidang sukan bola sepak sebagai pengarah sukan untuk pasukan liga Argentina, Colon.

Okay saja nak bagitau, layan gak celoteh Mat Lutfhi and the geng dalam podcast Aiskacang.com.my “Sembang Barai”. Kalau korang nak layan, meh KLIK KAT SINI.

KATALAKI: Teringat masa dorang ni tengah berada di puncak karier masing-masing. Masa tu belum ada lagi CR7 dan Lionel Messi.

Last modified: 28 January 2019