Cerita Best Netflix Bulan April Korang Kena Layan!

Sembang

Boleh dikatakan setiap bulan mesti ada original content yang dikeluarkan oleh Netflix. Tak kiralah samada ianya original series ataupun movie, selalunya mesti cerita yang best-best dorang keluarkan (kecuali live action anime) hahahaha!

So untuk bulan April ini, ada beberapa original content yang aku rasa korang patut layan dekat Netflix sebelum masuk bulan May nanti. Semua jenis content ada untuk korang layan. Daripada standup comedy sampailah ke anime so korang pilih saja yang mana sesuai dengan citarasa korang.

KEVIN HART: IRRESPONSIBLE

via GIPHY

Standup Netflix special ini sudah mula ditayangkan di Netflix sejak dari 2nd April lagi. Kevin Hart boleh dikatakan antara standup comedian yang agak besar. Selain daripada standup, Kevin Hart juga pernah berlakon dalam beberapa movie seperti Get Hard bersama Will Ferrell dan Central Intelligence bersama DwayneThe RockJohnson.

Dalam siri Netflix Special ini, Kevin Hart banyak menceritakan apa yang terjadi dalam kehidupan dia. Dengan pelbagai scandal dan masalah keluarga yang menimpa dirinya, aku rasa Kevin Hart merupakan salah seorang comedian yang pandai menceritakan masalah dirinya dalam bentuk comedy. Kalau korang nak bergelak ketawa, Try usha Netflix Special Kevin Hart: Irresponsible ini.

UNICORN STORE

via GIPHY

Korang tak puas tengok aksi Brie Larson dan Samuel L. Jackson dalam movie Captain Marvel? Apa kata korang layan satu lagi movie yang feature dorang berdua iaitu Unicorn Store. Original movie ini telah mula ditayangkan dekat Netflix pada 5th April 2019.

Unicorn Store menceritakan tentang Kit yang dilakon oleh Brie Larson, seorang pelukis yang artwork dia sentiasa kena reject. Sebab terlampau stress kena reject, dia kemudiannya mengambil keputusan untuk tinggal dengan mak dan ayah dia balik. Satu hari dia telah menerima satu surat daripada The Salesman yang dilakon oleh Samuel L. Jackson yang menjemput dia datang ke The Store, satu kedai yang penuh dengan magic. Movie Unicorn Store ini turut diarahkan sendiri oleh Brie Larson!

OUR PLANET

via GIPHY

Our Planet merupakan satu British nature documentary yang di narrated oleh David Attenborough dan diarahkan oleh Alastair Fothergill dan Keith Scholey. Dorang berdua ini juga merupakan orang yang bertanggungjawab menghasilkan documentary popular seperti Planet Earth, Frozen Planet dan The Blue Planet.

Didalam documentary ini, Our Planet menceritakan tentang kepayahan untuk melindungi haiwan-haiwan liar daripada diganggu oleh anasir-anasir luar seperti pemburu dan pembalakan hutan. Terdapat lapan episode yang korang boleh layan dalam series ini dan apa yang aku boleh cakap, dia punya cinematography sangat-sangat cantik dan kalau korang ada TV 4K, inilah masanya untuk korang gunakan TV 4K korang itu sehabis baik!

KATALAKI: Dekat Netflix pun ada anime Ultraman terbaru, Kalau korang belum tengok lagi, aku cadangkan korang baca dulu article aku pasal anime Ultraman tu dekat SINI!

Last modified: 21 April 2019