Charles Manson – Ketua Ajaran Sesat & Pembunuh Bersiri!

Sembang

Selalu kalau kita bercerita tentang kes pembunuh bersiri, kita selalu dengar yang dorang cuma bergerak sendiri. Jarang kita dengar kes pembunuhan seperti ini dilakukan oleh beberapa orang dan yang lagi uniknya suspek pembunuhan itu tidak terlibat langsung semasa pembunuhan dilakukan.

Charles Manson atau nama sebenarnya Charles Miles Maddox dilahirkan pada 12 November 1934 dan dia telah menubuhkan satu kumpulan yang dikenali sebagai Manson Family pada tahun 1967. Dia telah dilahirkan oleh Kathleen Maddox yang mana ketika itu cuma berumur 16 tahun.

Ketika Manson masih lagi bayi, ibunya pernah berniat untuk menjualnya kepada seorang pelayan di sebuah bar hanya untuk segelas beer. Selepas ibunya habis minum, dia telah meninggalkan Manson pada pelayan tersebut dan terus beredar dari situ. Pakcik Manson mengambil hampir seminggu untuk mencari Manson kembali sebelum membawa dia pulang ke rumah.

Pada usia 12 tahun, ibunya telah menghantar Manson ke sekolah agama katholik untuk kanak-kanak nakal selepas dia telah ditangkap beberapa kali kerana kesalahan mencuri. Manson tidak menyukai sekolah tersebut dan mengambil keputusan untuk melarikan diri. Selepas melarikan diri, Manson telah terlibat dengan beberapa jenayah seperti mencuri kereta dan membuka kasino haram.

Pada usia 18 tahun, Manson telah ditangkap kerana kesalahan merogol seorang remaja lelaki dan dia telah dipenjarakan di Federal Reformatory di Petersburg, Virginia. Di dalam penjara, Manson lagi sekali telah disabitkan kesalahan atas pertuduhan merogol dan mencederakan tiga orang banduan.

Selepas beberapa tahun keluar dari penjara, Manson telah berkahwin dengan seorang pelacur bernama LeonaCandySteven namun perkahwinan itu tidak berpanjangan apabila Leona telah menfailkan penceraian sebaik sahaja Manson sekali lagi dimasukkan ke dalam penjara. Di dalam penjara, Manson mula menunjukan minat pada Scientology dan juga Music.

Dia mula belajar bermain gitar dan menulis beberapa lagunya sendiri dengan harapan selepas dia keluar dari penjara dia mungkin dapat menjadi seorang ahli music terkenal. Selepas dilepaskan daripada penjara pada tahun 1967, Manson telah berhijrah ke San Francisco. Di sana Manson telah mengikuti beberapa kumpulan Hippies dan oleh kerana dirinya yang dikatakan senang bergaul, dia mula dikenali oleh orang ramai.

Ahli kumpulan Manson Family Image Via: http://www.bbc.co.uk

Ahli pertama yang join Manson Family adalah seorang ahli perpustakaan yang bernama Mary Brunner. Dia dikatakan mula obses terhadap Manson dan telah bertindak berhenti berkerja kerana ini berada di sisi Manson setiap masa. Mary kemudiannya bertindak sebagai seorang rekrut dan mula rekrut lebih ramai gadis untuk mengikuti Manson.

Image Via: https://www.bbc.com

Manson yang kini sentiasa dikelilingi wanita-wanita cantik telah diangkat menjadi seorang ketua. Dikatakan Manson Family mempunyai lebih daripada 100 orang ahli yang majoritinya adalah wanita-wanita muda. Walaupun luarannya kumpulan ini nampak seperti sebuah kumpulan hippies biasa, namun apa yang terjadi seterusnya telah memeranjatkan seluruh America.

Manson percaya kepada peperangan kaum. Dia percaya yang satu hari nanti yang orang kulit hitam America akan berkuasa dan dia mahu menjadi ketua mereka. Manson percaya dengan membunuh orang berkulit putih, orang berkulit gelap akan dapat berkuasa dan dia akan menjadi ketua mereka walaupun dia sendiri berkulit putih.

Image Via: http://time.com

Manson telah menyuruh beberapa ahli kumpulannya untuk pergi menyerang kediaman Terry Melcher, seorang record producer yang sebelum ini pernah menolak rancangan Manson untuk merekod lagunya. Di dalam kediaman tersebut, terdapat beberapa lagi orang lain antaranya seorang artis terkenal iaitu Sharon Tate. Manson telah menyuruh ahlinya membunuh semua orang yang ada dalam rumah tersebut.

Mendiang Sharon Tate Image Via: https://www.biography.com

Sharon ketika itu sedang mengandung 8 bulan hasil hubungannya dengan pengarah Roman Polanski. Polanski ketika itu sedang berada di Europe mengarah filem terbarunya. Pembunuhan yang berlaku pada rumah Terry sangat-sangat dahsyat dan mengerikan.

Menurut laporan polis, mayat Sharon telah dijumpai dalam keadaan tangannya berikat. pada tubuh badannya terdapat beberapa kesan kelar dan buah dadanya telah dipotong. Polis sendiri terkejut dengan keadaan mangsa dan menyatakan kesan tembakan peluru terdapat disekitar dinding rumah dan lantainya dipenuhi dengan darah. Pembuhunan ini telah dikenali sebagai The Tate Murder.

Sehari selepas melakukan pembunuhan ini, Manson sekali lagi menyuruh ahlinya menyerang kediaman orang berkulit putih. Kali ini mangsanya merupakan seorang supermarket executive, Leno LaBianca dan isterinya Rosemary. Manson dan ahlinya yang lain telah memecah masuk rumah Leno semasa dia sedang tidur dan mengikat kedua-dua mereka.

Salah seorang ahli Manson Family, Tex Watson telah bertindak menikam kedua-dua mangsa berulang-ulang kali dan kemudiannya mengukir perkataan WAR pada perut mangsa mengunakan pisau. Seorang lagi ahli kempulan tersebut iaitu Patricia Krenwinkel telah mencucuk garpu pada perut dan pisau pada leher Leno.

Polis telah berjaya menjejak suspek kepada pembunuhan ini dan pada 29 March 1971, Manson dan beberapa ahli kumpulannya yang lain telah dihadapkan di mahkamah. Mereka semua telah disabitkan bersalah atas semua kes pembunuhan dan menerima hukuman mati. Mereka semua bernasib baik kerana pada 1972, semua hukuman mati telah dihapuskan oleh kerajaan dan hukuman mereka telah ditukarkan kepada penjara seumur hidup.

Manson telah mati pada 19 November 2017 kerana penyakit kanser usus. Dia ketika itu berumur 83 tahun. Beberapa ahlinya yang dipenjara juga telah mati dan cuma beberapa orang sahaja yang masih hidup. Sehingga hari ini, kes pembunuhan yang dilakukan oleh Manson Family dikira antara kes pembunuhan paling kejam yang pernah berlaku di America.

KATALAKI: Kalau korang tengok Manson Family ini, dorang macam orang-orang macam dalam movie The Purge. Ada yang menyatakan pengarah filem ini mengambil insipirasi daripada kes pembunuhan yang dilakukan oleh Manson Family.

Last modified: 3 June 2019