Chatting Sambil Beli Video Game

Game, Tech

Baru-baru ini aplikasi online chat Discord telah melancarkan sistem pembelian permainan secara online seperti apa yang korang selalu buat dekat Steam. ianya dikatakan sudah boleh digunakan sepenuhnya oleh pengguna seluruh dunia.

Discord merupakan aplikasi VoIP yang dikenali ramai dikalangan komuniti video game dengan kebolehan aplikasi Discord untuk menghantar text, image, video dan juga audio diantara penguna di dalam chatroom channel. Sehingga Mei 2018, terdapat lebih 130 juta pengguna yang mengunakan aplikasi Discord ni. Ramai tu weyh.

Melalui Discord Store, korang boleh membeli permainan video seperti apa yang dibuat oleh Steam dan apa yang menariknya, terdapat satu sistem berbayar yang diberi nama Nitro Games.

Didalam Nitro Games, Korang perlu membayar cas bulanan sebanyak USD9.99 untuk mendapat akses untuk bermain lebih dari 60 permainan video tanpa kos tambahan. Super Meat Boy dan Amnesia : The Dark Descent adalah antara permainan video yang ditawarkan dalam Nitro Games.

Discord jugak menawarkan fungsi FOD (First On Discord) yang mana korang boleh boleh membeli permainan video yang hanya dikeluarkan secara eksklusif untuk Discord. Antara permainan video yang ditawarkan adalah Sinner dan Bad North.

Korang jugak boleh mendapatkan permainan video klasik dalam fungsi Nitro Classic yang mana korang hanya perlu langgan dengan harga USD4.99 sebulan.

KATALAKI: Lepas ni boleh terus voice chat sambil main game dekat discord der!

Last modified: 26 October 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *