Chelsea Atau Man City Lagi Gempak Kat Premier League?

Aktif, Bola

Hambek kau. Berturut-turut ada perlawanan tumpuan Premier League. Ahad lepas, 2 November 2018, Arsenal lauk Spurs 4-2. Khamis lepas, 6 November 2018, Manchester United seri 2-2 dengan Arsenal. Ahad ni pula, 9 Disember 2018, Manchester City akan bertandang ke Stamford Bridge menentang Chelsea untuk Gameweek 16!

Mungkin Chelsea yang boleh halang Manchester City untuk jarakkan lagi point dalam Premier League? Menjelang pertempuran sengit ni, mari kita tengok beberapa statistik perlawanan untuk Chelsea dan Manchester City dalam Premier League musim ni.

Kalau kita tengok sejarah perlawanan antara Chelsea dengan Manchester City sebelum ni, Chelsea lagi banyak kali menang. Tapi dua perlawanan sebelum ni, Manchester City macam dah ada formula untuk kalahkan Chelsea. Di tambah pula dengan prestasi Manchester City yang konsisten dan tak pernah lagi kalah musim ni, tapi mungkin Chelsea ada kelebihan memandangkan perlawanan ni akan berlangsung di Stamford Bridge. Chelsea belum pernah kalah lagi di Stamford Bridge setakat ni untuk musim 2018/2019.

Sumber : premierleague.com

Kalau tengok daripada statistik prestasi pemain Chelsea dan Manchester City pula, pemain Chelsea lebih banyak mendominasi statistik untuk passes dan tackles. Tapi penjaring terbanyak antara dua team ni, bahagian serangan Manchester City dah terbukti lagi tajam depan gawang gol nampaknya.

Sumber : premierleague.com

Chelsea dah hilang 3 point penting Khamis hari tu lepas kalah dengan Wolves. Kekalahan mengejut tu. Main dekat home lawan Manchester City ni mungkin player Chelsea semakin berkobar-kobar nak menang. Korang rasa macam mana? Sergio Aguero masih lagi tak sure dah fit ke  belum untuk turun bermain Ahad ni. Chelsea atau Manchester City yang boleh menang? Ke seri? Sama-sama lah kita nantikan match ni!

KATALAKI: Dalam minggu ni 2 kali kena update team Fantasy Premier League. Point letup tak tu?

Last modified: 8 December 2018