Chernobyl SS – Suic!de Squad Sebenar

Sembang

Pada 26 April 1986, satu kemalangan telah mengejutkan seluruh dunia. Kemalangan yang dipanggil Chernobyl Disaster ini terjadi apabila nuclear reactor nombor empat di Chernobyl Nuclear Power Plant telah meletup. Kejadian yang berlaku di utara Ukraine ini dikatakan salah satu daripada dua kemalangan nuklear yang paling bahaya pernah berlaku di dunia.

Pada masa kejadian, terdapat lebih kurang 14,000 orang yang tinggal Chernobyl. Seramai 50 orang telah menemui ajal disebabkan letupan nuklear tersebut tapi menurut WHO, mereka menyatakan seramai 4,000 orang telah mati secara tidak langsung disebabkan letupan tersebut.

Beratus ribu orang telah terdedah kepada radiasi nuklear yang tinggi namun berjuta orang yang mungkin terkesan dengan radiasi rendah daripada letupan ini. Kesan kerosakan ini mungkin akan lebih tinggi kalau tak disebabkan oleh Chernobyl Suicide Squad yang aku akan cerita nanti.

Secara ringkasnya, pada hari kejadian, pekerja-pekerja di Chernobyl reactor nombor empat sedang melakukan ujian namun semasa ujian sedang dijalankan, kuasa untuk reactor tersebut tiba-tiba turun mendadak. Disebabkan itu, pekerja di reactor tersebut mengambil keputusan untuk menambah lagi kuasa pada reactor tersebut.

Disebabkan nuclear reactor ini tidak mampu mengawal kuasa yang banyak, berlaku lintar pintas dan letupan yang sangat besar. Ini telah membuatkan radiasi daripada nuklear tersebut merebak ke udara. Habuk mula menyelubingi udara dan orang ramai sukar untuk bergerak disebabkan asap yang tebal.

Keadaan masa itu sangat huru-hara. Bomba berjaya datang ke tempat kejadian dan memadamkan api yang sedang marak tapi dorang tidak sedar udara ketika itu sudah pun dicemari dengan radiasi daripada letupan nuklear tadi.

Selepas beberapa hari, pihak berkuasa Soviet percaya yang semuanya nuclear reactor ini dah berada dalam keadaan selamat tapi bila dorang periksa dengan lanjut, satu letupan yang lebih besar daripada sebelum ini mungkin akan terjadi.

Mereka menyatakan yang dibawah reactor ini terdapat satu kolam air yang bertindak sebagai coolant untuk power plant ini. Batu dan besi diatas kolam ini mula terbakar dan cair dan andaikata batu dan besi yang mula lebur ini terkena pada kolam air dibawah reactor, satu letupan yang lebih besar akan berlaku.

Letupan ini dikatakan berkemungkinan menghancur tiga lagi nuclear reactor yang berada disitu. Ia juga dikatakan mampu memusnahkan bandar Kiev dan impak daripada letupan ini akan membuatkan seluruh Eropah tidak mungkin boleh didiami sehingga sekarang.

Bomba cuba untuk menyedut air dari kolam ini namun tidak berjaya. Satu saja cara yang boleh menyelamatkan dorang iaitu kena ada orang yang sanggup menyelam ke dalam kolam itu dan buka pintu lepasan air yang berada di dasar kolam.

Tiga orang pekerja nuclear plant ini telah mengambil keputusan untuk berenang dan menyelam ke dasar kolam untuk melepas air kolam yang masih banyak ini. Tiga orang pekerja ini adalah Alexei Ananenko, Valeri Bespalov dan juga Boris Baranov.

Misi ini boleh dikatakan sebagai bunuh diri kerana walaupun mereka berjaya membuka pintu lepasan air, mereka telah terdedah dengan air radioactive dan ini akan membahayakan dan berkemungkinan besar mendatangkan maut kepada mereka.

Tapi demi menyelamatkan lebih banyak nyawa, dorang teruskan dengan misi dorang. Separuh jalan di dalam kolam tadi, lampu suluh mereka telah terpadam dan mereka terpaksa menyelam dalam gelap. Mereka menyatakan mencari pintu lepasan air itu seperti sedang mencari jarum dalam jerami.

Tapi mereka akhirnya berjaya mengosongkan kolam tersebut sebelum besi yang sedang cair daripada reactor diatas sempat menyentuh air daripada kolam tersebut. Keberanian mereka telah meneyebabkan letupan yang sangat dasyat dapat dielakan dan lebih banyak nyawa dapat diselamatkan.

Pada tahun 2005, salah seorang daripada mereka iaitu Boris Baranoz telah mati disebabkan oleh sakit jantung. Dua daripada mereka masih hidup dan dikatakan masih lagi bekerja dalam bidang nuclear reactor. Ketiga-tiga mereka telah diberikan anugerah kebesaran oleh president Ukraine, Petro Poroshenko atas keberanian dorang.

KATALAKI: Mini series TV Chernobyl (2019) terbitan HBO ramai yang bagi review baek. Rugi kalau tak binge!

Last modified: 26 June 2019