Ciri-ciri Dan Tanda Seseorang Itu Narsis

Life x Tips, Sembang, ZeKool

Menurut sebuah artikel dalam laman web Psychology Today, Narcissistic adalah gangguan personaliti yang bercirikan oleh “keghairahan, kekurangan empati untuk orang lain, dan keperluan serta kepentingan untuk merasakan kagum dengan diri sendiri.

Dengan ciri-ciri yang dimiliki ini yang membuatkan seseorang yang mengalami gangguan personaliti sebagai Narsis ini sebagai seseorang yang susah atau kurang disenangi untuk keluar bersama atau menjadi pasangan yang baik.

Kali ini kami di Thelaki ingin kongsikan dengan korang tanda-tanda Narcissism, dan bagaimana mengenalinya dan mengetahuinya. Tapi sebelum kita membaca dengan sepenuhnya di bawah. Nak kami ingatkan juga ini adalah ciri-ciri sahaja ya dan mungkin akan sedikit sebanyak membuat korang untuk menilai sendiri.

SIFAT KESUKANAN YANG TERUK

Menurut seorang pakar psikologi dan penulis buku “The Narcissist You Know.”, Joseph Burgo. Antara sifat-sifat orang yang mengalami narsisisme adalah mereka ini seorang pembuli dan salah satu daripada ciri-ciri mereka yang paling menyusahkan adalah kecenderungan mereka untuk menjadi sore loser atau sore winner.

Sebagai contoh, bila mereka kalah dalam suatu pertandingan, mereka ini akan menjadi seorang yang cepat melenting atau cuba memalukan pihak lawan atau referee dan apabila mereka menang, mereka mungkin akan berlagak dengan secara melampau atau berlebihan serta akan bertindak kasar terhadap pihak lawan yang gagal dalam sukan tersebut. Senang cerita, orang seperti ini mudah emosi atau touching bila bab-bab bersukan dan pertandingan ni.

ORANG LAIN KURANG CERDIK

Kebanyakkan orang yang ada sifat-sifat atau ciri-ciri narsis ini selalunya mereka anggap yang mereka tahu semua benda. Mereka juga adalah antara golongan orang yang susah untuk bergaul dengan rakan sekerja atau kawan-kawan. Ini kerana mereka tidak mahu dianggap sebagai seseorang yang tidak pengetahuan.

Menurut Joseph Burgo, beliau telah perhatikan bahawa para narcissist ini mempunyai rasa superiority yang jelas daripada orang lain. Apabila dalam bahagian membuat keputusan, mereka ingin menurut tuntutan dan perintah mereka sahaja.

JATUHKAN ORANG LAIN

Mencari admiration atau selalu ingin dipuji dan dilihat kagum adalah seperti dadah buat seseorang yang mempunya sifat narsisis, munurut Mitja D. Back, seorang pakar psikologi di Johannes Gutenberg University Mainz, German.

Orang narsisistik sengaja menjatuhkan semangat atau harga diri orang lain untuk mengekalkan imej positif yang tinggi pada diri mereka. Ini juga menjadi punca dan penyebab kenapa seorang narsisistik hanya mengekalkan perhubungan yang lemah.

TAK NAK DENGAR

Menurut sebuah kajian yang dijaankan di University of Texas, Austin Amerika Syarikat. Mereka telah menemui bahawa seorang yang mempunyai sifat narsis biasanya memilih untuk mengekalkan perbualan atau perbincangan yang hanya kepada diri mereka sendiri dan mereka hanya berminat dengan perbualan yang melibatkan diri mereka sahaja menurut Anita Vangelisti, seorang pakar psikologi.

TIDAK SUKA EMOSI

Sebagai seorang manusia, kita boleh menerima dan memberi perasaan dan apa yang kita rasakan. Begitu juga jika perasaan kita ini wujud kepada orang lain seperti ahli keluarga, kawan-kawan, pasangan dan juga beberapa perkara yang boleh mengakibatkan emosi kita tersentuh.

Tetapi orang yang mempunyai sifat narsisistik tidak suka mempunyai perasaan, terutama sekali perasaan terhadap orang lain. Mempunyai atau merasakan emosi akan “mencabar rasa autonomi mereka yang sempurna” menurut pakar psikologi Craig Malkin di Harvard Medical School, Amerika Syarikat.

Menurut Craig Malkin juga, selain tidak suka menceritakan tentang perasaan mereka, orang narsisistik juga tidak suka dengan belas kasihan orang lain kerana ini akan membuatkan mereka rasa seperti mereka ini sekuat yang disangkakan dan mereka tidak bebas sepenuhnya. Ini yang menyebabkan mereka ingin sentiasa berada dalam kawalan dan perkara ini yang membolehkan para narsisistik untuk melemahkan keupayaan pihak yang lain untuk membuat keputusan.

KATALAKI: Kalau dia kaum perempuan, dia jadi Narsis tapi kalau dia kaum lelaki dia jadi Narbro. Kayy sekian lawak hambar. 

Last modified: 1 March 2020