Ciri-Ciri Seorang Psychopath!

Sembang

Bila bercerita tentang Psychopath, kita sering terbayang watak-watak orang jahat dalam filem dan tak mungkin wujud dalam kalangan kita. Namun sebenarnya seseorang yang mempunyai ciri-ciri psychopath sangat pandai menyembunyikan sifatnya daripada orang ramai.

Sebelum kita bercerita tentang ciri-ciri seorang psychopath, aku kena bagi tahu yang psychopath dan sociopath merupakan dua sifat yang berbeza. Psychopath selalunya dah tahu daripada dorang kecil lagi yang dorang ada masalah namun sociopath wujud bila dia membesar dalam keadaan yang penuh penderaan fizikal, emotional abuse dan juga childhood trauma.

Psychopath selalunya mempunyai ciri-ciri orang yang agak cerdik dan pandai menyembunyikan sifat sebenarnya daripada masyarakat sekeliling. Jadi hari ini aku nak share dengan korang 5 tanda-tanda seseorang itu merupakan seorang psychopath.

TIADA PERASAAN

Antara ciri-ciri utama seorang psychopath adalah mereka amat sukar untuk meluahkan perasaan dorang. Tak kiralah dorang berdepan dengan berita gembira ataupun sedih, korang akan nampak seorang psychopath ini akan sentiasa tenang dan tak ambik endah atas apa yang berlaku.

Sebab itu kalau korang tengok kes-kes pembunuh bersiri yang aku pernah tulis sebelum ini, mereka semua boleh dikatakan mempunyai ciri yang sama yang mana mereka akan membunuh orang tanpa ada perasaan kesian dan berperikemanusian.

KARISMA YANG DIBUAT-BUAT

Satu lagi ciri seorang psychopath adalah mereka sangat pandai bergaul dan selalunya orang yang berada dikeliling dorang akan memuji betapa peramahnya seorang psychopath ini. Mereka tahu bila dorang perlu menunjukkan diri dorang yang sebenar sebab dorang dah berlatih daripada kecil.

Antara psychopath yang boleh terkenal dengan sifat karismanya yang tinggi adalah Ted Bundy. Ted Bundy sangat senang di dekati oleh wanita disebabkan sifatnya yang peramah dan berkarisma. Namun semua itu hanyalah satu lakonan dan bila wanita-wanita ini tahu sifat sebenarnya, itu semua sudah terlambat!

SANGAT CERDIK

Satu lagi ciri-ciri unik yang terdapat pada seorang psychopath ini adalah mereka sangat cerdik. Disebabkan mereka mempunyai karisma yang tinggi, mereka selalunya akan menghabiskan masa dalam belajar cara menyelesaikan masalah.

Disebabkan mereka tahu diri mereka cerdik, ego pada diri mereka sangatlah tinggi. Mereka akan selalu memuji diri mereka sendiri dan akan pastikan semua orang tahu betapa cerdik dan hebatnya diri dorang. Kalau korang ada kawan yang tak habis-habis cakap diri dia paling cerdik ataupun paling hensem, besar kemungkinan kawan korang mempunyai ciri-ciri seorang psychopath.

PANDAI MENIPU

Kalau korang nak tahu, psychopath sangat pandai menipu dan memanipulasikan orang lain yang berada disekeliling dorang. Mereka sangat suka menipu demi memastikan diri dorang berada diatas orang-orang lain.

Disebabkan mereka telah menipu sejak daripada kecil, amat jarang sekali orang disekeliling dorang dapat mengesan yang mereka ini sedang menipu ataupun sedang mempergunakan orang lain yang terdekat dengan dorang.

GANAS

Walaupun bukan semua orang yang mempunyai ciri-ciri psychopath itu ganas, tapi orang yang selalu bertindak ganas selalunya adalah orang mempunyai ciri-ciri psychopath. Selalunya seorang psychopath ini mempunyai satu “topeng” yang mana dia boleh menyorok sifat sebenar mereka tapi andaikata “topeng” tersebut mula dibuka, korang berhati-hatilah.

Psychopath juga terkenal dengan sikap dorang yang suka membahayakan diri sendiri dan orang ramai. Dorang kadang kala akan membawa kenderaan dengan sangat laju tanpa bimbang atas keselamatan diri dorang dan juga nyawa pengguna jalan raya yang lain!

SUMBER: psychologytoday.com

KATALAKI: Nak tahu korang ada ciri-ciri psychopath ataupun tidak, cuba korang buat TEST ini.

Last modified: 10 August 2020