Comeback² Champions League Paling Gempak

Aktif, Bola

Susah betul kita nak move on dengan apa yang jadi kat Barcelona di Anfield pada 8 Mei 2019. Semoga fans Barcelona tak murung lama sangat la kan. Untuk info, Barcelona dah berjaya menang dua piala dalam musim 2018/19 antaranya Spanish Super Cup dan juara La Liga. Okay la tu. Bagi chance kat Liverpool lak nak menang piala.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FC Barcelona (@fcbarcelona) on

Tak kisah la kita semua ni peminat team bola sepak mana pun, secara jujurnya, Liverpool memang layak dipuji dan layak masuk ke pusingan akhir UEFA Champions League 2018/19. Bukan senang brader nak kalahkan Barcelona yang ada kelebihan 3 gol. Untuk second leg, Liverpool berjaya kalahkan Barcelona 4-0, tanpa bolos weh. Power power. Ni lah buktinya bola tu bulat. Apa pun boleh terjadi.

 

View this post on Instagram

 

WE’RE GOING TO MADRID! #LFC #Liverpool #LiverpoolFC #UCL #ChampionsLeague

A post shared by Liverpool Football Club (@liverpoolfc) on

Perlawanan Liverpool menentang Barcelona di peringkat separuh akhir UEFA Champions League ni merupakan salah satu perlawanan terhebat dalam sejarah UEFA Champions League.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UEFA Champions League (@championsleague) on

Yang terbaru, Tottenham Hotspur pun berjaya buktikan apa-apa boleh terjadi dalam bola sepak! Wow. Tottenham Hostpur berjaya buat comeback di tempat lawan walaupun dah ketinggalan 3-0 gol aggregate. Dua hari ni dua kali hidup kita semua dikejutkan dengan comeback daripada Liverpool dan Tottenham Hotspur. Rugi betul siapa yang tak minat bola sepak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tottenham Hotspur (@spursofficial) on

Sebelum ni pernah gak terjadi perlawanan-perlawanan hebat macam ni. Mari kita tengok team mana lagi yang pernah berjaya buat comeback dalam perlawanan penting UEFA Champions League.

2003/04 Suku Akhir

AC Milan 4-1 Deportivo La Coruna
Deportivo La Coruna 4-0 AC Milan

Image Via : readfootball.co

Masa ni, antara nama besar yang membarisi team AC Milan ialah Cafu, Maldini, Shevchenko, Gattuso, Rui Costa dan Kaka. Tapi disebabkan bola tu bulat, Deportivo La Coruna berjaya buat comeback walaupun tanpa pemain-pemain ternama. Deportivo La Coruna layak ke peringkat seterusnya dengan kelebihan gol di tempat lawan.

Suku Akhir 2017/18

Barcelona 4-1 Roma
Roma 3-0 Barcelona

Image Via : en.as.com

Pada tahun 2018, Barcelona dah kena dah macam yang Barcelona kena dengan Liverpool baru-baru ni. Barcelona menang selesa 4-1 di Camp Nou. Masa second leg, Roma bangkit tewaskan Barcelona 3-0. Kesudahannya Roma menang dan layak ke peringkat separuh akhir dengan kelebihan gol di tempat lawan. Ni line-up perlawanan Roma dan Barcelona masa second leg.

Image Via : skysports.com

Round of 16 2016/17

PSG 4-0 Barcelona
Barcelona 6-1 PSG

Sekali lagi Barcelona terlibat dalam perlawanan epik UEFA Champions League. Tapi kali ni, Barcelona yang berjaya buat comeback untuk kalahkan PSG. Masa ni Neymar masih lagi beraksi bersama Barcelona bersama Lionel Messi, Luis Suarez, Andres Iniesta dan dibimbing oleh Luis Enrique.

Image Via : Twitter

PSG masa ni dah start kumpul star player dalam team dorang, antara player yang beraksi dalam perlawanan ni ialah Edinson Cavani, Angel Di Maria, Thiago Silva, Marco Veratti dan Lucas Moura di bawah bimbingan manager Unai Emery.

Image Via : scoopnest.com

KATALAKI: Kalau ada member atau chinggey tanya kenapa tak habis-habis dengan bola, ceritakan pasal perlawanan epik ni baru dorang tahu macam mana perasaan peminat dan penonton bola sepak.

Last modified: 17 May 2019