Confirm: “Harold” Hero Cowboy Bebop!

Sembang

Baru-baru ini, Netflix telah mengeluarkan nama-nama pelakon yang dikatakan bakal berlakon dalam siri live action untuk anime terkenal iaitu Cowboy Bebop! Sebelum ini juga dorang ada mengatakan dorang akan mengeluarkan siri live action One Piece juga. Korang boleh baca lebih lanjut dekat SINI.

via GIPHY

Menurut satu tweet daripada account Anime Comics News, terdapat empat orang pelakon yang bakal melakonkan watak-watak daripada siri Cowboy Bebop ini. Antara pelakon yang dapat dilihat disini adalah John Cho, Mustafa Shakir, Daniella Pineda dan Alex Hassel.

John Cho yang dikenali dengan filem “Harold & Kumar Go to White Castle” akan melakonkan watak utama iaitu sebagai Spike Spiegel yang membawa watak sebagai seorang pemburu upahan yang bersama-sama dengan team dorang cuba melarikan diri daripada Red Dragon Syndicate yang diketuai oleh Vicious yang dilakon oleh Alex Hassel.

Based apa yang aku boleh nampak dekat Twitter, banyak peminat yang mengkritik apa yang Netflix cuba lakukan. Mungkin dorang belum cooldown lagi dengan siri Death Note yang boleh dikatakan flop yang dikeluarkan oleh Netflix sebelum ini. Aku sendiri pun menyampah dengan siri Netflix Death Note and dalam masa yang sama risau tentang siri One Piece dan Cowboy Bebop yang bakal dikeluarkan oleh Netflix ini.

via GIPHY

Cowboy Bebop merupakan satu siri anime yang dikeluarkan pada April sehingga June 1998 sebelum ia diberhentikan seketika kerana sirinya yang agak tidak sesuai dengan kanak-kanak. Namun pada October 1999, ia mula dikeluarkan semula atas desakan peminat.

via GIPHY

Siri Cowboy Bebop ini mengisahkan tentang Spike Spiegel, seorang pemburu upahan dan merupakan bekas ahli kumpulan Red Dragon Syndicate. Dia bersama-sama dengan ahli kumpulan dia seperti Jet Black yang akan dilakonkan oleh Mustafa Shakir yang juga merupakan seorang bekas anggota ISSP (InterSolar System Police) cuba untuk memburu penjenayah dengan menggunakan kapal angkasa dorang yang dinamakan Bebop. 

KATALAKI: Ok senarai pelakon Cowboy Bebop dah keluar sekarang kita tunggu One Piece punya pula!

Last modified: 17 April 2019