Confirm! Mobile Legends World Championship Di Malaysia!

Game, Tech

Minggu ini telah berlangsungnya MOONTON Epicon 2019: The Future Begins Global Conference di Connexion Conference & Event Centre, Nexus Kuala Lumpur. Di dalam Global Conference ini pelbagai update dan berita penting khas untuk permainan video Mobile Legends: Bang Bang yang telah diumumkan kepada peminat-peminat permainan video mobile ini.

MOBILE LEGENDS 2.0!

Antara pengumuman yang dibuat adalah penambahbaikan kepada permainan video ini yang diberi nama Mobile Legends 2.0. Antara kemaskini yang akan dilakukan oleh pihak MOONTON adalah upgrade design heroesheroes di dalam permainan ini kepada High Definition.

Loading screen untuk permainan video ini jugak akan dipercepatkan dan mengurangkan lag semasa korang sedang bermain Mobile Legends: Bang Bang. Pihak MOONTON juga telah mengumumkan permainan video terbaru yang diadaptasi daripada Mobile Legends: Bang Bang yang dipanggil sebagai Mobile Legends: Adventure.

Berbeza daripada permainan video sebelum ini, Mobile Legends: Adventure lebih kepada permainan video berciri Card Strategy RPG. Permainan video terbaru daripada MOONTON ini akan dilancarkan kepada umum pada 10 Ogos ini. Korang boleh mula preregister sekarang di Google Play dan juga di App Store.

NEW HERO!

Selain menambah baik gameplay dan pengumuman game terbaru, pihak MOONTON juga telah memperkenalkan heroes terbaru untuk permainan video Mobile Legends: Bang Bang. Hero yang dikatakan dibuat khas untuk peminat-peminat mereka di Rusia

Regional Marketing Manager MOONTON, Nelson Woon telah menyatakan yang hero ini diinspirasikan daripada haiwan beruang dan seperti yang kita tahu, Rusia memang terkenal dengan beruang. Beliau turut menyatakan nama untuk hero ini masih belum lagi ditentukan tapi menurut apa yang aku siasat dekat Youtube hari ini, Hero ini mungkin diberikan nama Masha.

Seperti yang korang boleh tengok dekat video diatas yang aku ambil daripada Youtuber NoLogic Gamer, heroes ini nampaknya adalah jenis Fighter dan mempunyai 3 skill dan 1 ultimated sama seperti hero Zhask dan juga Lunox. Selain itu, apa yang menariknya hero baru Masha ini, ia dilihat mempunyai passive yang membuatkan korang mempunyai 3 life bar!

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang skill dan macam mana nak gunakan hero baru ini nanti, korang boleh check out dekat video yang aku dah sediakan di atas ini. Buat masa ini Heroes baru ini cuma ada dekat Advance Server sahaja. Ia akan berada di Normal Server pada pertengahan bulan September nanti.

M1 WORLD CHAMPIONSHIP!

Namun satu berita yang ditunggu-tunggu oleh peminat permainan video Mobile Legends: Bang Bang di Malaysia adalah pengumuman tentang kejohanan international pertama Mobile Legends dah sah akan diadakan di Malaysia!

Kejohanan yang diberi nama M1 Mobile Legends World Championship ini akan membawa 16 pasukan terhebat daripada 14 negara untuk berentap dan menjadi pasukan pertama yang memenangi Mobile Legends World Champion. Prize pool untuk kejohanan ini adalah sebanyak USD250,000. KACHING!

Menurut MOONTON, M1 Mobile Legends World Championship ini akan bermula pada 11 November sehingga 17 November 2019 dan akan diadakan di Axiata Arena, Kuala Lumpur. Namun buat masa ini dorang masih belum bagitahu bila tarikh untuk pusingan kelayakan so korang masih boleh lagi training kalau nak bertanding dalam M1 Mobile Legends World Championship ini.

KATALAKI: Kalau korang tengah cari teammate Main Tank, bolehlah rogerroger aku hahahaha!

Last modified: 22 July 2019