Confirm! PUBG Kini Boleh Dimainkan Di PS4

Game, Tech

Beberapa hari yang lepas, Sony telah mengumumkan yang PUBG kini boleh dimainkan di PS4. Sebelum ini berita tentang PUBG akan berada di PS4 telah leak secara tidak sengaja oleh Playstation Hong Kong.

Info yang telah leak sebelum ini menunjukan yang Playstation akan mengeluarkan PS4 Bundle versi PUBG dengan percuma PSPlus selama 12 bulan.

3 Edisi – Challenger, Survivor, Champion

Untuk PUBG PS4 yang telah diumumkan baru-baru ini, terdapat 3 edisi yang berbeza yang boleh korang dapatkan iaitu versi Challenger Edition, Survivor Edition dan Champion Edition. Untuk versi Challenger (Standard), ianya akan dijual dengan harga RM111.

Untuk Survivor Edition pula, ianya akan dijual dengan harga RM185 dan didatangkan dengan 2,300 G-Coin, 20,000 Battle Point dan Survivor Pass.

Bagi Champion Edition, pemain akan mendapat 6,000 G-Coin, 20,000 Battle Point dan Survivor Pass. Untuk Champion Edition ianya akan dijual dengan harga RM223.

Dah Boleh Pre-Order Bro!

Kesemua versi ini boleh didapatkan dan di pre-order di Playstation Store. Untuk korang yang bercadang untuk pre-order mana-mana versi, korang akan mendapat kostum Nathan Drake dari game Uncharted dan juga beg Ellie dari game The Last of Us. PUBG untuk PS4 akan dikeluarkan pada 7 December 2018

PUBG atau nama penuhnya PlayerUnknown Battleground merupakan permainan online secara batte royale yang dikeluarkan oleh PUBG Corporation pada tahun 2017. PUBG pada awalnya dikeluarkan untuk PC kemudiannya dikeluarkan untuk Mobile secara percuma.

KATALAKI: Lepas ni Playstation player boleh pilih nak main Fortnite ataupun nak main PUBG

Last modified: 16 November 2018