Controller Pro Gaming Bro Bangsawan!

Gadget, Tech

Baru-baru ini, pihak Nacon telah mengeluarkan controller terbaru mereka yang diberi nama Nacon Revolution Unlimited Pro yang dikatakan dibuat khas untuk PS5 dan juga untuk bro-bro esports diluar sana.

Controller ini yang dilihat mempunyai ciri yang sangat futuristic membuatkan aku ternganga sekejaplah tengok dia punya bentuk. Nacon Revolution Unlimited Pro ini dilihat seperti satu controller yang sangat premium dan geng-geng bangsawan sahaja yang akan guna hahaha!

Nacon Revolution Unlimited Pro ini boleh digunakan secara wireless pada console PS4 dan juga pada PC. Controller ini akan disertakan dengan USB-C untuk menyambung controller ini kepada console dan juga pada PC secara bluetooth. Jarak bluetooth untuk controller ini pula dikatakan boleh pergi sehingga 7 meter.

Controller yang mempunyai lesen pengeluaran daripada Playstation ini akan mempunyai logo Playstation dibahagian tengah dia seperti mana yang korang biasa tengok dekat controller PS4 sekarang. Tak dilupakan yang controller ini juga disertakan dengan rechargeable battery sebesar 1,300mAh yang mampu bertahan sehingga 7 jam penggunaan.

Pada bahagian depan atas controller ini, akan terdapat touchpad seperti yang terdapat pada controller PS4. Tak dilupakan button Option dan Share yang terdapat pada bahagian kanan dan kiri controller. Satu benda yang menarik tentang thumbstick Nacon Revolution Unlimited Pro ini adalah kepala thumbstick tersebut boleh dicabut dan ditukar dengan kepala thumbstick lain yang sesuai dengan penggunaan korang.

Bila korang on controller ini, akan terdapat satu garis LED dibawah button logo Playstation yang akan menunjukan tahap battery yang masih ada didalam controller Nacon Revolution Unlimited Pro ini. Pada thumbstick dibahagian kanan juga terdapat LED ring yang mengelilingi thumbstick tersebut.

Nacon Revolution Unlimited Pro controller ini dikatakan akan dijual pada bulan ini dengan harga USD196 ataupun lebih kurang dalam RM800+ setiap satu set. Tengok harga dia saja korang dah boleh tahu yang pakai controller ini cuma geng-geng bangsawan saja hahaha!

KATALAKI: RM800+ satu controller, dekat mana tempat nak jual buah pinggang eh?

Last modified: 9 April 2019