Controller Untuk Smartphone?

Gadget, Tech

Sebelum ini mesti korang pernah tengok controller PS4 Razer Raiju kan? Nampak smart giler betul tak? Jangan cakap koranglah, aku sendiri pun teringin giler nak guna controller Razer Raiju untuk PS4 tu.

Razer Raiju Ultimate untuk PS4

Tapi minggu ini, pihak Razer buat kejutan pulak untuk geng-geng mobile gamer bila mereka mengeluarkan controller Razer Raiju tapi untuk smartphone!

Controller yang dipanggil sebagai Razer Raiju Mobile ini mempunyai ciri-ciri yang sama seperti Razer Raiju for PS4 cumanya ada penambahan dock untuk smartphone. Controller ini direka untuk semua jenis mobile games so tak kiralah korang kaki game Vainglory, Modern Combat Versus or kaki geng game racing macam Asphalt 9.

Controller Razer Raiju Mobile ini boleh digunakan pada semua smartphone Android yang mana korang boleh letak dekat dock yang berada di bahagian atas controller. Dock tersebut juga boleh dipusingkan sehingga 60 darjah!

Macam yang aku bagitahu tadi, design controller ini diambil daripada Razer Raiju yang pernah dorang keluarkan untuk PS4. Terdapat 4 multi-function button yang korang boleh re-map mengikut command yang korang pilih.

Kalau korang kaki main game tembak-tembak pulak, tak perlu risau sebab controller ini terdapat button di bahagian bawah yang mana korang activated Hair Trigger Mode. So bila main shooting games korang tak perlu lagi nak tekan trigger dia kuat-kuat. Tekan sikit je dah full rapid fire dah!

Lagi satu korang juga boleh ubah sensitivity dekat joystick dia. Ini memang function yang kaki game first person shooter sukalah sebab senang nak buat 360 no scope betul tak?

Dibahagian bawah controller ini jugak terdapat button untuk connectivity. So korang boleh switch mode dan paired device dengan lebih senang. Tak perlu nak tunggu lama-lama and manual re-pairing nak tunggu controller connect dengan device korang

Battery untuk controller ini juga mampu bertahan sehingga 23 jam on single charge! Takdalah tengah syok-syok main game tiba-tiba controller habis battery pulak, spoil mode weyh!

Buat masa ini, controller Razer Raiju Mobile ini hanya untuk smartphone Android sahaja. Yang guna smartphone selain Android tu *cough*APPLE*cough* korang belilah controller lain ye.

KATALAKI: Bayangkan guna controller ni sambil main game dekat phone Razer Phone 2!

Last modified: 26 December 2018