Coronavirus Punya Pasal, Filem Ni Semakin Laku

Sembang, ZAP, ZeKool

Walaupun dah 9 tahun berlalu, tapi filem yang pernah ditayangkan pada tahun 2011, Contagion, kini kembali menjadi filem tontonan pilihan ramai. Semuanya disebabkan wabak Coronavirus atau juga dikenali sebagai COVID-19 yang masih lagi mengancam kesihatan penduduk dunia buat masa ni. Apa kena-mengena Contagion dengan COVID-19?

Filem Contagion yang dibintangi oleh pelakon-pelakon ternama antaranya Matt Damon, Laurence Fishburne, Jude Law, Gwyneth Paltrow, Kate Winslet dan Bryan Cranston menceritakan mengenai seorang wanita, dikenali sebagai Beth Emhoff yang baru tiba di Amerika Syarikat dari Hong Kong, dijangkiti sejenis wabak dan tersebar ke seluruh dunia sehingga menyebabkan 26 juta penduduk dunia maut.

Nak nampak lagi menarik, kalau korang yang dah pernah tengok filem Contagion ni (spoiler alert!), kat bahagian ending ada tunjuk yang wabak tersebut mula berjangkit daripada Beth Emhoff yang baru tiba dari Hong Kong, habitat kelawar dimusnahkan di Hong Kong menyebabkan kelawar terbang merayap, kemudian menjatuhkan buah pisang di kandang babi dan babi yang ada kat kandang tu makan pisang tersebut. Seterusnya, babi tersebut dibunuh untuk dimasak oleh tukang masak. Akhir sekali, tukang masak tersebut terjumpa seorang wanita, Beth Emhoff di kasino dan bersalaman.

Korang dah boleh nampak tak kenapa filem yang ditayangkan 9 tahun lepas tiba-tiba ditonton oleh orang ramai dari seluruh dunia? Untuk info, sebelum bermulanya proses pengambaran filem Contagion, pihak produksi dah buat kajian awal-awal mengenai sejenis wabak yang pernah menyerang dunia pada tahun 2009 dikenali sebagai influenza H1N1.

Menggunakan tragedi influenza H1N1 sebagai hala tuju filem Contagion, pihak produksi juga berjumpa dengan beberapa individu penting dalam bidang perubatan, termasuk beberapa wakil daripada World Health Organization (WHO) untuk mengumpul pandangan dan cerita sebenar mengenai wabak yang mampu menyerang penduduk dunia.

Bukan bertujuan untuk menakutkan, tapi ada kemungkinan juga disebabkan kebangkitan semula populariti filem Contagion, dah banyak dah kedai kat luar negara yang habis bekalan tisu dan sebagainya disebabkan gejala pembelian panik yang tengah berlaku.

Kat media sosial pun, ramai yang bagi warning jangan tengok filem Contagion buat masa ni. Takut boleh menyebabkan panik la kot. Mustahil gak kalau nak kata ni salah satu cara untuk mempromosikan lagi filem ini. Kalau cakap jangan tengok, lagi la orang nak tengok.

Untuk mendramatikkan lagi, pelakon yang memegang watak sebagai Beth Emhoff dalam filem Contagion, Gwyneth Paltrow juga dah menyeru penduduk dunia supaya sentiasa dalam keadaan selamat sambil mengingatkan orang ramai yang dirinya pernah terlibat dengan filem Contagion.

KATALAKI: Mesti Netflix menyesal tak masukkan filem Contagion dalam senarai koleksi filem Netflix Malaysia.

Last modified: 9 March 2020