Cosplay Paling Marhaen

Sembang

Cosplay atau Costume Play ialah pakaian atau sejenis fashion yang diinspirasikan daripada pakaian sesuatu karakter anime, kartun, superhero, komik, atau pun manga. Ada sesetengah orang yang memang suka terlibat dalam proses untuk menyiapkan sesuatu Cosplay atau ada gak jenis yang suka tengok je bila Cosplay tu dah siap. Kalau korang nak tahu pasal Cosplayer yang berasal dari Malaysia, boleh baca jap kat sini.

Image Via : kotaku.com

Apa yang menarik kali ni, kami nak kongsikan pasal seorang Cosplayer yang secara kreatif menggunakan barang-barang yang ada di sekeliling kita untuk dijadikan Cosplay. Mungkin ada yang dah pernah tengok atau pun belum, mari kita usha!

Image Via : Facebook

Pemilik akaun Facebook Lowcostcosplay ni berasal dari Bangkok, Thailand dan berumur 29 tahun, masih lagi aktif mencipta Cosplay secara DIY. Setakat ni dah nak dekat 4 juta likes kat Facebook. Jom kita tengok Cosplay hasil ciptaaan Lowcostcosplay.

Image Via : Facebook

Image Via : Facebook

Image Via : Facebook

Pemilik akaun Facebook Lowcostcosplay ni, Anucha Saengchart dah aktif dalam bidang Cosplay DIY kat Facebook sejak dari tahun 2013. Sampai tahun 2019, dah lebih daripada 3,000 jenis Cosplay yang pernah ditunjukkan kat Facebook Lowcostcosplay.

Image Via : Facebook

Image Via : Facebook

Ada banyak lagi gambar yang korang kena tengok sendiri kat Facebook Lowcostcosplay ni. Tapi gambar kat bawah ni istimewa untuk fans Liverpool.

Image Via : Facebook

KATALAKI: Tak boleh bayang betapa kreatifnya pemikiran owner Facebook Lowcostcosplay ni.

Last modified: 27 May 2019