Cover Set MotoGP 2020 Paling Cun

Aktif, Motorsports

Perlumbaan pertama MotoGP musim 2020 akan bermula di litar lumba antarabangsa Losail, Qatar pada 8 Mac 2020. Sepanjang 9 bulan, pelumba MotoGP akan mengharungi 20 perlumbaan di serata dunia termasuk lah Malaysia pada 1 November 2020.

Walau bagaimanapun, perlumbaan MotoGP di Buriram, Thailand pada 22 Mac 2020 dikatakan ada kemungkinan terpaksa ditunda selepas perlumbaan Formula 1 di China secara rasmi ditunda ke tarikh yang lain disebabkan wabak coronavirus.

Sebelum bermulanya MotoGP, benda pertama yang kita excited sebagai peminat sukan MotoGP adalah macam mana agaknya rupa livery atau cover set jentera-jentera MotoGP yang akan berentap sepanjang musim 2020 kali ni. Buat masa ni, ada team yang dah merasmikan cover set terbaru menjelang perlumbaan pertama MotoGP di Qatar nanti. Tapi, ada gak team yang masih lagi belum siap tampal sticker kat cover set dan belum lagi tayang kepada umum. Jadi, kali ni kita nak tengok balik cover set terbaru yang dah dipersembahkan kepada umum oleh beberapa pasukan yang akan berlumba sepanjang musim MotoGP 2020.

DUCATI TEAM

 

View this post on Instagram

 

Unveiled!! ✨ The new l👀k of the Desmosedici GP for the 2020 @motogp season! . #DucatiTeam2020 . #ForzaDucati #Ducati #MotoGP

A post shared by Ducati Corse (@ducaticorse) on

Antara pasukan terawal yang merasmikan cover set terbaru untuk MotoGP 2020, Ducati Team masih lagi mengekalkan Andrea Dovizioso dan Danilo Petrucci sebagai pelumba utama untuk mencabar dominasi Repsol Honda Team dalam perlumbaan MotoGP.

Macam takde beza sangat pun livery Ducati Team musim 2019 dengan musim 2020. Tapi, masih lagi nampak garang kat dalam track.

REPSOL HONDA TEAM

 

View this post on Instagram

 

Firm hand shakes in 2️⃣0️⃣2️⃣0️⃣

A post shared by Repsol Honda Team (@hrc_motogp) on

Musim 2020 ni kita bakal menyaksikan adik-beradik beraksi dalam satu pasukan yang sama, Repsol Honda Team. Marc Márquez dan Álex Márquez akan meneruskan legasi motor paling laju dalam MotoGP yang dimiliki oleh Repsol Honda Team untuk mencabar pelumba-pelumba lain di dalam litar lumba sepanjang musim 2020.

Setiap tahun, cover set Repsol Honda Team takde beza. Bosan. Nasib baik motor laju.

TEAM SUZUKI ECSTAR

Buat masa ni, cover set Team SUZUKI ECSTAR boleh dikatakan yang paling cun berbanding pasukan-pasukan lain yang dah tunjuk cover set terbaru. Boleh nampak ada perubahan daripada musim lepas.

Team SUZUKI ECSTAR juga masih lagi mengekalkan pelumba yang sama macam musim lepas iaitu Álex Rins dan Joan Mir. Team SUZUKI ECSTAR sekarang ni bukan lagi team ayam. Setiap tahun mampu mencabar jentera Yamaha dan Ducati. Musim lepas, Álex Rins berjaya menamatkan musim MotoGP di tempat ke-4, di belakang Marc Marquez, Andrea Dovizioso dan Maverick Viñales.

MONSTER ENERGY YAMAHA MOTOGP

 

View this post on Instagram

 

Name a more iconic duo, we’ll wait 😏 . . #MonsterYamaha | #MotoGP | @monsterenergy

A post shared by Monster Energy Yamaha MotoGP (@yamahamotogp) on

Dua pasukan yang menggunakan jentera Yamaha untuk MotoGP musim 2020 iaitu Monster Energy Yamaha MotoGP dan Petronas Yamaha SRT merasmikan cover set terbaru pada hari yang sama di litar lumba antarabangsa Sepang.

Valentino Rossi dan Maverick Vinales masih lagi dikekalkan sebagai pelumba Monster Energy Yamaha MotoGP untuk musim 2020 dan musim ni juga musim terakhir Valentino Rossi bersama dengan Monster Energy Yamaha MotoGP. Tempat Valentino Rossi akan diambil alih oleh Fabio Quartararo bermula tahun 2021 nanti. Warna cover set Monster Energy Yamaha MotoGP berubah daripada biru dan putih setiap tahun, kini hanya nampak warna biru dan hitam. Tak lama lagi hitam terus satu body. Macam garang gak kalau Monster Energy Yamaha MotoGP guna cover set hitam sepenuhnya.

PETRONAS YAMAHA SRT

Musim kedua terlibat dengan perlumbaan MotoGP, Petronas Yamaha SRT masih mengekalkan Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo sebagai pelumba utama, musim terakhir Fabio Quartararo bersama Petronas Yamaha SRT.

Hijau Petronas yang ada kat jentera Petronas Yamaha SRT semakin menyerlah untuk musim ni. Kalau musim lepas, warna hijau Petronas nampak macam tak siap spray, tapi kali ni nampak lebih bersegi dan garang.

KATALAKI: Tiket perlumbaan MotoGP kat Sepang dah start jual dah tu.

Last modified: 13 February 2020