CS:GO Dah Ada Mode Battle Royale?

Game, Tech

Sebelum ini ura-ura mengatakan yang CS:GO jugak akan memasukkan mode Battle Royale kepada game mereka. Berita ini banyak mendapat reaksi dari peminat permainan video tersebut sama ada yang setuju dan jugak mereka yang membantah sekeras-kerasnya.

Namun Valve Corporation nampaknya tetap dengan pendirian mereka dimana mereka telah mengumumkan yang mode battle royale terbaru mereka yang dipanggil sebagai Danger Zone.

Berbeza dengan pemainan video lain yang mempunyai ciri yang sama, Danger Zone cuma mempunyai 18 pemain setiap satu sesi berbanding 100 pemain seperti permainan video PUBG.

Dalam mode ini seramai 18 pemain akan diturunkan ke satu tempat dan mereka perlu membunuh pemain lain dengan mencari armor dan weapon yang diletakan secara rawak sekitar map. Seorang pemain yang dapat bertahan sehingga saat akhir akan dianggap sebagai juara.

Selain itu, Valve turut menyatakan yang permainan video CS:GO adalah percuma sehingga bila-bila sebagai satu cara untuk mempromosikan mode terbaru ini.

Sebelum ini, Permainan video CS:GO boleh dibeli di Steam dengan harga lebih kurang RM30++. Semenjak Valve menyatakan yang CS:GO boleh didapatkan secara percuma, peminat-peminat permainan video ini telah bersama-sama memberi review negative di Steam.

Hampir 13 ribu negative review telah diberikan dalam masa sehari selepas pengumuman ini yang dilihat sebagai tanda protes dari peminat hardcore permainan video ini.

Bagi mereka yang belum pernah bermain permainan video CS:GO, korang boleh terus download sekarang di Steam or klik saja di SINI. 

KATALAKI: Semua benda nak ada mode Battle Royale pun tak boleh jugak!

Last modified: 12 December 2018