Cuba Layan Music Video Tanpa Lagu?

Sembang, ZAP, ZeKool

Ada ungkapan yang mengatakan “No Music No Life”. Terdapat dua komponen yang penting yang membuatkan sesebuah klip muzik video yang terbaik. Nombor satu tentunya lagu untuk music video tersebut dan seterusnya adalah lagu yang mengiringi di dalam muzik video yang diterbitkan.

Tetapi macam mana pula kalau tiada langsung muzik yang disertakan di dalam klip video yang sedang ditonton itu? Bunyi macam pelik tapi memang benar wujud situasi yang diperkatakan ini.

Okay cuba bayangkan muzik video lagu daripada band atau penyanyi yang korang suka tapi tanpa lagu yang korang nak dengar tersebut. Yang ada didalam muzik video tersebut hanyalah bunyi-bunyian daripada pelakon didalam muzik video tersebut.

Kiranya muzik video tersebut seperti bunyi raw tersebut datang ketika mereka sedang melakukan pengambaran muzik video tersebut. Bunyi macam pelik, awkward dan memang kelakar kalau korang layan video-video tanpa muzik ini sampai habis.

Harini kami nak ceritakan tentang sebuah saluran di Youtube yang memuatnaik video-video muzik video band-band dan penyanyi terkenal antarabangsa, tanpa muzik atau lagu mengiringi video tersebut.

Youtube channel yang kami maksudkan ini adalah Youtube channel daripada 2 individu yang berjaya melonjakkan nama mereka di Youtube dengan memuat naik klip video rasmi daripada artist Amerika Syarikat tanpa muzik lagu tersebut. Youtube channel yang diwujudkan pada tahun 2014 ini ditubuhkan oleh Erik dan Elin.

Pada awalnya Erik dan Elin gemar dan selalu membuat video-video yang dimuatnaik di Youtube. Ingin memberikan kelainan untuk lebih standout dan mendapatkan perhatian penguna dan penonton Youtube, Erik dan Elin mula memuat naik video klip muzik artist terkenal Amerika Syarikat dan merakamkan semula bunyi-bunyian yang terdapat didalam video tersebut. Channel Youtube yang dijalankan selama sudah hampir 6 tahun ini sudah mendapat 2.08 juta jumlah subscribers dengan 203 video berkonsepkan parodi kepada video-video tersebut yang telah dimuatnaik.

Kat bawah ni kami listkan 5 video tanpa muzik daripada channel Youtube Without Music yang dah menerima lebih daripada 1 juta tontonan di Youtube.

MAROON 5 – GIRLS LIKE YOU FT CARDI B


Inilah muzik video paling banyak sekali ditonton di channel Youtube Without Music, video ini telah mendapat sebanyak 11 juta jumlah views. Muzik video yang reka semula bunyian daripada kumpulan Maroon 5 ini dengan penampilkan khas daripada selebriti-selebriti wanita yang cantik-cantik di dalam muzik video ini. Video ini juga telah diparodikan dengan begitu bagus sekali sampai ramai yang sangkakan ianya adalah bunyi sebenar daripada video tersebut.

BILLIE EILISH – BAD GUY

Kalau sebut je nama Billie Eilish ni, dah tentu ramai yang tahu rentak lagu berjudul Bad Guy. Tetapi parodi Without Music ini juga antara klip muzik video yang dah berjaya dapat lebih daripada 11 juta views di Youtube. Lagu ini juga antara lagu yang telah mendapat permintaan ramai untuk diparodikan oleh Without Music.

DUA LIPA – NEW RULES

Ah tipu la kalau korang tak pernah tengok music video lagu Dua Lipa sebelum ni kan? Apa kata kali ni layan pula versi parodi Without Music ini yang dah dapat 11 juta views jugak. Bunyi-bunyi yang diparodikan dalam video ini kami boleh katakan spot on lah.

TAYLOR SWIFT – BAD BLOOD FT. KENDRICK LAMAR

Dalam banyak-banyak video dalam channel Youtube Without Music ini. Kami paling suka video parodi ni. Sebab video asal lagu ini memang banyak babak-babak aksi dan bunyi letupan seakan bunyi sebenar.

SHAWN MENDES – Stitches

Yang terakhir sekali kita ada muzik video daripada penyanyi kegilaan ramai gadis-gadis diluar sana. Parodi klip muzik video penyanyi Shawn Mendes ini mendapat lebih 7 juta views. Yang menarik sekali, video ini memaparkan babak-babak Shawn Mendes dipukul dan diterajang, dan of course lah bunyi parodi dalam video ini kena sangat.

Last modified: 4 March 2020