Cuba Teka Berapa Harga Tiket Euro 2020?

Aktif, Bola

Kejohanan bola sepak untuk pasukan kebangsaan negara-negara Eropah, UEFA Euro 2020 akan bermula lebih kurang setahun je lagi pada 12 Jun 2020 sehingga 12 Julai 2020. Masa artikel ni ditulis, 16 Jun 2019, belum ada lagi pasukan yang dah layak dan akan bertanding dalam Euro 2020 sebab masih belum selesai lagi perlawanan kelayakan.

Euro 2020 Kali Ni Kat Mana?

Istimewanya kali ni, banyak betul nombor 12. Euro 2020 akan diadakan di 12 bandar dalam 12 negara Eropah, berlangsung pada 12 Jun sehingga 12 Julai 2020. Kami pun tak pasti apa tujuan UEFA mewujudkan banyak angka 12 dalam kejohanan Euro kali ni.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UEFA EURO 2020 (@euro2020) on

12 bandar dan negara yang terlibat untuk menganjurkan Euro 2020 termasuk lah London (England), Munich (Jerman), Baku (Azerbaijan), Saint Petersburg (Rusia), Rome (Itali), Copenhagen (Denmark), Bucharest (Romania), Amsterdam (Belanda), Dublin (Ireland), Bilbao (Spain), Budapest (Hungary) dan Glasgow (Scotland).

Berapa Harga Tiket?

Kalau ada yang merancang nak pergi europe tour tahun depan, rasanya ni lah masa yang sesuai. Dapat jalan-jalan pastu dapat gak tengok Euro 2020. Tapi sebelum tu, jom kita tengok dulu berapa harga tiket untuk perlawanan Euro 2020. Ini harga tiket untuk perlawanan yang akan diadakan di Stadium Wembley, London.

Image Via : uefa.com

Kebanyakan harga tiket di negara lain yang menganjurkan Euro 2020 berharga €30, €50, €125 dan €185. Kalau ditukarkan dalam Ringgit Malaysia, tiket Euro 2020 boleh dibeli dengan harga anggaran RM140 hingga RM870. Tiket untuk perlawanan separuh akhir dan akhir bukan main mahal nampaknya tu.

Kalau korang nak tengok sendiri dan beli tiket Euro 2020, boleh terus klik kat sini wokehh.

KATALAKI: Dah boleh survey awal-awal dah syarikat penerbangan mana yang ada buat promosi untuk travel tahun depan.

Last modified: 15 June 2019