Cubaan² Rekod Dunia Telah Berakhir Dengan Tragedi!

Sembang, ZeKool

Semua orang mahu menjadi terkenal dan salah satunya adalah dengan cuba mencipta rekod dunia. Itu pun tidak menjaminkan korang akan sentiasa terkenal kerana akan ada sahaja orang yang akan cuba memecahkan rekod korang. Untuk memastikan perkara tersebut tidak berlaku, ramai yang cuba pastikan rekod yang cuba dicipta atau pecahkan akan lebih berbahaya daripada orang lain!

Disebabkan inilah, terdapat beberapa orang yang cuba mencipta rekod ataupun memecahkan rekod orang lain berakhir dengan kematian. Jadi hari ini mari kita mengenang dan mengenali mereka yang cuba memecahkan rekod dunia tapi tidak berjaya dan berakhir dengan kematian!

NICK PIANTANIDA

Nicholas John “Nick” Piantanida dilahirkan pada 15 Ogos 1932 dan merupakan seorang penerjun bebas dari Amerika Syarikat. Pada 1 November 1962, satu rekod dunia telah dicipta oleh seorang penerjun bebas dari Rusia yang bernama Yevgeny Nikolayevich Andreyev pada ketinggian 24,500 meter.

Nick mahu memecah rekod tersebut dan pada Mei 1966, Nick telah terbang dari ketinggan 36,000 meter dan bakal memecahkan rekod Yevgeny. Namun selepas dia melompat dari pesawatnya dan berada pada ketinggian 17,000 meter, suit khas yang dipakai oleh Nick mengalami masalah dan pihak air control terpaksa melepaskan payung terjun Nick lebih awal. Tapi disebabkan kekurangan udara, Nick telah mengalami koma dan kerosakan otak. Dia disahkan meninggal dunia empat bulan kemudian.

JANAKA BASNAYAKE

Seorang ahli silap mata, Janaka Basnayake dari Sri Lanka cuba untuk mencipta satu rekod dunia baru. Dia yang baru berusia 24 tahun cuba untuk mencipta rekod dengan manusia paling lama dapat bertahan bila ditanam hidup-hidup.

Pada 2012, Janaka dan beberapa orang rakannya telah bersedia untuk melakukan cubaan mencipta rekod ini. Dia telah menyuruh rakannya menanamnya dalam sebuah lubang yang telah digali oleh mereka sebelum ini. Lubang yang mempunyai kedalaman 3 meter ini akan menjadi tempat Janaka ditanam selama 7 jam. Selepas 7 jam setengah ditanam, mereka telah menggali semula lubang tersebut untuk mengeluarkan Janaka namun dia tidak lagi bernafas. Selepas beberapa jam mendapat rawatan, dia disahkan meninggal.

SAILENDRA NATH ROY

Sailendra sememangnya terkenal dengan kehebatan lagak ngerinya. Sebelum ini dia telah berjaya mencipta dua rekod dunia. Yang pertama dia berjaya berjalan sejauh 82.5 meter diatas wayar dengan hanya mengikat rambutnya sebagai alat untuk membantu dia andaikata dia terjatuh. Pada 2012 pula dia berjaya mencipta rekod dengan menarik empat gerabak kereta api sejauh 2.5 meter dengan hanya menggunakan rambutnya sahaja.

Walaupun telah berjaya dua rekod dunia, Sailendra tidak berpuas hati dan ingin mencipta rekod baru. Jadi pada Ogos 2013, dia bercadang untuk berjalan atas wayar merentasi Sungai Teesta sepanjang 180 meter. Namun semasa sedang berjalan diatas wayar, rambutnya telah tersekat pada wayar tersebut dan disebabkan terlalu panik, dia telah meninggal dunia akibat serangan jantung dan cuma dapat diselamatkan selepas 45 minit tersangkut di wayar tersebut.

NICHOLAS MEVOLI

Nicholas Lawrence “Nick” Mevoli III dilahirkan pada 22 Ogos 1981 dan merupakan seorang freediver dari Amerika Syarikat. Sebelum menjadi seorang diver, dia merupakan seorang prop technician untuk beberapa siri tv terkenal dan dia juga merupakan seorang pelakon dalam sebuah filem independent bertajuk Exist.

Pada 2013, Nick cuba untuk memecahkan rekod dengan menyelam lebih daripada 100 meter. Namun selepas melepasi 74 meter, dia telah kembali ke permukaan air. Ketika muncul dipermukaan, dia kelihatan biasa sahaja namun selepas dibawa ke darat dan menerima rawatan CPR, dia telah disahkan meninggal dunia disebabkan oleh Pulmonary Edema.

BABAR & HARIS SULEMAN

Pada tahun 2014, Babar Suleman dan anaknya Haris Suleman yang berusia 18 cuba mencipta rekod dengan terbang satu dunia dalam masa 30 hari. Rekod ini cuba dicipta oleh mereka bagi mempromosikan dan mengumpul dana bagi satu charity organisation di Pakistan.

Kalau penerbangan ini berjaya, mereka akan dapat mencipta rekod juruterbang paling muda pernah terbang seluruh dunia dalam masa 30 hari namun satu kejadian malang telah menimpa mereka apabila kapal terbang yag mereka pandu terhempas di Pacific Ocean pada 23 Julai 2014. Haris telah menemui ajal akibat kemalangan ini namun mayat ayahnya masih tidak dapat dijumpai sehingga sekarang.

KATALAKI: Jaga diri guys!

Last modified: 28 January 2020