Curi Barang Kemas Ibu Demi Membeli Dadah!

Sembang

Baru-baru ini satu operasi bagi menangkap dan menyerbu sarang penagih dadah telah di adakan di sekitar daerah Dungun, Terengganu. Operasi yang bermula pada jam 11 malam ini melihatkan sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah & Narkotik Ibu Pejabat Polis Terengganu telah berkumpul di Balai Polis Marang.

Image Via: 999

Turut sama membantu dalam operasi ini adalah anggota-anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis daerah Dungun. Menurut laporan yang disiarkan di rancangan 999 TV3Malaysia, anggota-anggota polis ini telah dibahagikan kepada beberapa pasukan untuk menyiasat kawasan-kawasan yang aktif dan disyaki menjadi sarang penagih di sekitar Dungun.

Image Via: 999

ASP Meor Hishamudin, Pegawai Turus Risikan telah menyasarkan untuk membuat tangkapan lebih kurang 80 orang yang mana akan melibatkan penagih dan juga pengedar dadah di kawasan tersebut. Pasukan-pasukan ini telah menyerbu kawasan-kawasan yang disyaki dengan menaiki kereta dan juga beberapa buah motosikal.

Image Via: 999

Serbuan pertama telah dilakukan pada jam 5 pagi di sebuah jeti setelah menerima beberapa aduan daripada orang awam dan masyarakat setempat yang menyatakan jeti nelayan ini sering dijadikan tempat penagih-penagih melepak dan menghisap dadah.

Image Via: 999

Ketika serbuan dilakukan, terdapat beberapa orang individu yang dilihat sedang berlegar-legar di kawasan jeti. Mereka ini disyaki adalah penagih yang cuba memastikan kawasan mereka selamat. Anggota-anggota terus berlari dan menhan beberapa individu yang cuba melarikan diri.

Image Via: 999

Salah seorang individu yang ditahan dikatakan mempunyai beberapa bahan bukti dan disyaki menjadi pengedar dadah secara kecil-kecilan di kawasan tersebut. Dalam masa beberapa minit, 7 orang penagih dan pengedar telah berjaya diberkas di kawasan jeti ini.

Image Via: 999

Rondaan masih lagi dijalankan di kawasan jeti ini dan kali ini pihak berkuasa meronda bot-bot yang berada di sekitar kawasan tersebut demi mencari penagih dan pengedar yang sedang bersembunyi. Sebaik saja rondaan dijalankan, seorang lelaki dilihat cuba melarikan diri dan terjun ke dalam laut.

Image Via: 999

Namun cubaan melarikan diri itu gagal kerana anggota-anggota telah berjaya mengepung suspek yang mana ketika itu masih berada di dalam laut dan menyorok di bawah bot nelayan. Pihak berkuasa mengambil keputusan untuk memujuk suspek naik ke darat kerana khuatir akan keselamatan suspek tersebut.

Image Via: 999

Pihak berkuasa cuba menarik suspek ke darat namun suspek tetap berdegil. Setelah lebih 15 minit pihak berkuasa cuba untuk memujuk suspek, akhirnya dia mengalah dan menyerahkan diri. Antara dadah yang berjaya dirampas pada operasi ini adalah dadah jenis Pil Kuda, Syabu dan juga Heroin.

Image Via: 999

Salah seorang suspek yang ditahan berumur 18 tahun dan pihak berkuasa berjaya mengesan beberapa barang kemas yang berada di dalam simpanannya. Setelah disiasat oleh pihak berkuasa, remaja tersebut mengaku yang barang kemas tersebut adalah milik ibunya.

Image Via: 999

Sebaik sahaja selesai solat subuh di masjid berdekatan, seorang suspek yang masih lengkap berkopiah dan berkain pelikat telah datang ke jeti ini untuk membeli dadah. Namun nasib dia malang kerana sebaik sahaja tiba di kawasan jeti tersebut, dia telah ditahan oleh pihak berkuasa.

Image Via: 999

Operasi ini berjaya menahan sebanyak 20 orang penagih dan juga pengedar dadah kecil-kecilan. Ke semua tahanan ini telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis daerah dungun untuk tindakan lanjut.

KATALAKI: Nasib baik tak mati lemas terjun dalam laut!

Last modified: 2 August 2019