D.B. Cooper – Perampas Kapal Terbang Paling Misteri!

Sembang


Bila bercerita tentang perompak, tak ramai perompak yang kita tahu yang dijadikan sebagai legends! Kadang-kadang bukan sebab berapa banyak duit yang dia dah rompak tapi disebabkan bagaimana dia melakukan rompakan dan apa yang dia buat dengan duit rompakan tersebut.

Contohnya kita ada John Dillinger, orang yang telah merompak bank-bank besar dan kemudiannya memberikan harta rompakan dia kepada orang-orang susah. Tapi hari ini aku nak bercerita tentang D.B Cooper, orang yang berjaya melakukan rompakan diatas kapal terbang dan sehingga sekarang masih tiada sorang pun tahu identiti dia yang sebenar.

Nama D.B Cooper bukanlah nama dia yang sebenar. Nama tersebut telah diberikan oleh pihak media yang melaporkan kes rompakan yang dia lakukan ketika itu kerana mereka tidak tahu identiti dia yang sebenar. Jum kita tengok macam mana dia boleh lakukan rompakan ini.

Kes ini terjadi pada malam 24 November 1971, malam sebelum Thanksgiving. Seorang lelaki yang berpakai lengkap suit datang ke kaunter pendaftaran masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Portland. Dia dikatakan akan menaiki kapal terbang Northwest Orient Airlines.

Dia telah mendaftarkan dirinya atas nama Dan Cooper. Menurut tiket penerbangannya, dia dalam perjalan pulang ke Seattle, Amerika Syarikat yang mana cuma akan mengambil masa lebih kurang dalam 30 minit sahaja.

Seperti orang lain, dia memasuki kapal terbang tersebut dan buatkan dirinya selesa dengan memesan minuman dan makanan dalam kapal terbang. Tiada siapa yang menyangka dia akan melakukan satu rompakan paling bersejarah dalam dunia.

Selepas selesa, dia telah memanggil salah seorang pramugari yang berada disitu dan memberinya sekeping kertas. Oleh kerana pramugari tersebut menyangkakan Cooper cuma memberinya sekeping kertas yang tertulis nombor telefonnya, dia terus menyimpan kertas tersebut di dalam poket pakaian seragamnya.

Sekali lagi Cooper memanggil pramugari tersebut dan kali ini bertindak berbisik kepadanya. Dia memberitahu pramugari tersebut yang di dalam beg tangannya, terdapat sebiji bom dan dia meminta pramugari tersebut untuk senyap dan duduk di sebelahnya.

Cooper telah menunjukkan sebiji bom buatan sendiri kepada pramugari tersebut. Dia kemudianya memberitahu pramugari tersebut yang dia perlukan duit sebanyak USD200,000 sebelum jam 5 petang. Wang tersebut hendaklah diisikan dalam beg guni. Dia kemudianya meminta dua parachutes yang terdapat pada pintu hadapan dan dua parachutes yang terdapat pada pintu belakang.

Satu lagi permintaanya adalah dia meminta lori pengisi minyak untuk bersedia mengisi kembali minyak pada kapal terbang ini sebaik sahaja kapal ini mendarat. Gagal untuk menurut perintah, Cooper memberitahu dia tidak teragak-agak untuk meletupkan bom tersebut.

Pramugari tersebut terus memberitahu tahu juruterbang dan mereka telah melaporkan kepada Air Traffic Control Tower. Kapal terbang tersebut bertindak untuk mengelilingi lapangan terbang selama dua jam sehingga segala tuntutan Cooper disiapkan.

Namun suasana dalam kapal terbang masih terkawal. Semua penumpang kapal terbang tidak tahu apa yang berlaku. Pramugari telah diarahkan untuk memberitahu penumpang yang kapal terbang mempunyai sedikit gangguan dan terpaksa mengelilingi lapangan terbang sebelum boleh mendarat.

Kapal terbang tersebut akhirnya mendarat pada pukul 5.39pm di SeattleTacoma Airport. Operation Manager Northwest Orient, Al Lee telah diberi tanggungjawab untuk membawa bag berisi duit & Parachutes yang diminta oleh Cooper pada kapal terbangnya.

Selepas semua permintaannya ditunaikan, dia meminta pramugari untuk menyuruh semua penumpang untuk turun daripada kapal terbang. Kesemua krew kapal juga dibenarkan turun kecuali dua juruterbang dan seorang pramugari.

Dia menyuruh juruterbang tersebut untuk memandu kapal terbang tersebut ke Mexico City. Dia juga meminta mereka membawa kapal terbang tersebut seperlahan yang boleh dan kapal terbang tersebut tidak boleh pergi lebih daripada 10,000 kaki ketinggian.

Ketika kapal terbang dalam perjalanan ke Mexico City, lima jet pejuang telah mengikuti kapal terbang tersebut. Cooper kemudiannya menyuruh semua krew kapal untuk berkumpul didalam cockpit. Orang yang terakhir melihat Cooper adalah seorang pramugari bernama Tina Mucklow. Dia juga terlah disuruh untuk masuk dan berkumpul dengan krew lain di cockpit.

Selepas beberapa ketika, satu alarm telah berbunyi didalam cockpit. Alarm tersebut menunjukan yang pintu kapal terbang telah dibuka. Cooper terus bertindak terjun daripada kapal terbang tersebut bersama wang dan parachutes miliknya.

Image Via: https://tin8.co

Tepat jam 8pm, kapal terbang tersebut telah selamat mendarat dan pihak berkuasa telah menyerbu kapal tersebut namun tidak menjumpai Cooper. Pihak berkuasa telah memperluaskan kawasan pencarian namun tidak menjumpai apa-apa bukti berkenaan Cooper.

Duit yang telah diberikan kepada Cooper telah ditanda sebelum diberikan kepadanya namun sehingga hari ini pihak berkuasa tidak dapat menerima apa-apa berita yang wang tersebut telah digunakan oleh Cooper. Ada yang menyatakan dia telah mati ketika dia terjun daripada kapal terbang tersebut namun tiada mayat yang dijumpai.

Tapi 9 tahun kemudian pada tahun 1980, seorang kanak-kanak telah menjumpai sebuah beg ditepi Colombia River. Dalam beg tersebut terdapat duit berjumlah USD5,800 dan duit tersebut merupakan duit yang telah ditanda oleh pihak berkuasa semasa diberikan kepada Cooper.

Banyak suspek telah ditahan berkenaan dengan kes rompakan ini. Daripada juruterbang, cikgu skydiving, bekas tentera dan ramai lagi namun sehingga hari ini pihak berkuasa masih tidak tahu siapakan sebenarnya D.B Cooper dan ke manakah hilangnya duit yang telah dirompak itu.

KATALAKI: Apalah agaknya yang dia buat dengan duit rompakan dia tu eh?


Last modified: 25 September 2019