Wakil Malaysia Ke Grand Finals Legion of Champions!

Game, Tech

Minggu ini aku telah berkesempatan untuk menghadiri acara pemilihan untuk team yang bakal represent Malaysia dalam Grand Finals Legion of Champions Series III (LOC) yang dibawakan oleh Lenovo yang berlangsung di Battle Arena.

Event yang berlangsung dari jam 10.30 pagi sehingga jam 4 petang ini melihatkan 4 kumpulan dari Malaysia akan merebut tempat pertama yang mana pemenang akan dibawa ke Bangkok, Thailand untuk mewakili Malaysia dalam acara Grand Finals.

Pemenang tempat pertama, kedua & ketiga bersama Country General Manager Lenovo Malaysia, Mr Khoo Hung Chuan

Juara untuk acara pemilihan ini dimenangi oleh D.O.D yang mana telah membawa pulang RM5,000 sebagai hadiah dan akan mewakili Malaysia dan bertemu pasukan-pasukan dari negara lain.

Untuk Grands Finals Legion of Champions Series III kali ini adalah yang terbesar sekali kerana terdapat pasukan dari negara-negara yang pertama kali bertanding dalam Legion of Champions. Antara negara yang pertama kali join Legion of Champions ini adalah team dari negara India, Japan dan jugak Korea.

Ketiga-tiga negara ini akan bertemu dengan otai-otai Legion of Champions dari negara Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Philippines, Singapore, Taiwan, Thailand dan juga Vietnam.

Grand finals Legion of Champions ini akan berlangsung pada 25 Jan 2019 sehingga 27 Jan 2019 di Central Plaza Ladprao, Bangkok.

Team D.O.D yang akan mewakili Malaysia di LoC Series III

Legion of Champions merupakan satu acara yang memang ditunggu-tunggu. Sebagai seorang gamer, kami menghargai segala usaha untuk memastikan permainan video League of Legends terus kekal relevan. Kami juga berasa bangga dapat mewakili Malaysia untuk bertanding di acara Grands Finals Legion of Champions Series III” Kata wakil pasukan D.O.D

Pemenang tempat kedua: Team Washed Up Jungle

Pemenang tempat ketiga: Team Kuala Lumpur Hunters

Sebanyak USD35,000 telah ditawarkan untuk Prize Pool Legion of Champions Series III ini yang mana merupakan Prize Pool paling banyak yang pernah ditawarkan dalam acara Legion of Champions.

Pemenang tempat pertama untuk Grand finals Legion of Champions Series III akan membawa pulang USD7,000 dan Lenovo Legion Y530 Notebook. Manakala untuk tempat kedua pulak akan membawa pulang USD3,000 dan tempat ketiga USD2,000.

Semasa acara Legion of Champions yang lepas, hampir 7,000 peserta dan 20,000 peminat permainan League of Legends yang hadir untuk menyokong pasukan kegemaran mereka.

Bagi mereka yang nak mengetahui lebih lanjut tentang Legion of Champions Series III yang bakal berlangsung tahun hadapan bolehlah melayari website rasmi mereka di SINI.

Main game tu main la jugak, tapi untuk bro-bro kat luar sana. Jangan lupa kena jaga kesihatan korang jugak. Nak tahu cara fitness terbaik, boleh layan podcast 2 faveret fitness personality aku, “BroSis Sado”. Jom layan KAT SINI.

KATALAKI: Aku tengah pujuk bos untuk sponsor aku pegi tengok Legion of Champions Series III dekat Bangkok ni. Doakan aku berjaya!

Last modified: 8 January 2019